CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Idiots On TV, Memalukan, This Is Malaysian TV,"-Joe Flizzow

21-10-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8739| Komen: 91

Description: "Pakai otak!". Itu kata komposer dan penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow mengenai video tular membabitkan perkongsian cerita aksi rogol pelakon Fauzi Nawawi terhadap Raja Farah dalam filem Anak Hal ...
"Pakai otak!". Itu kata komposer dan penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow mengenai video tular membabitkan perkongsian cerita aksi rogol pelakon Fauzi Nawawi terhadap Raja Farah dalam filem Anak Halal.


Tindakan Fauzi yang mengimbas kembali perkara itu dalam program Rumah No 107 yang menampilkan pengacara Khir Rahman dan Shuk itu mengundang kecaman netizen termasuk Raja Farah dan suaminya.

Foto: IG

Joe menerusi hantaran video di Instagram Story berkata, sepatutnya isu rogol tidak patut dijadikan bahan lawak.

"Saya kena cakap ini. Kepada artis atau pengacara yang ingat isu rogol adalah kelakar, isu dera atau gangguan seksual ini kelakar, anda baik berhenti kerja, pakai otak. Anda 'role model' sepatutnya, tapi promosi isu bodoh sebegini," katanya.




Menerusi hantaran sama, Joe turut memuat naik petikan rakaman program itu dengan disertakan keterangan ringkas.

"Idiots on TV. Memalukan. This is Malaysian TV. God save us all. Kau tak tahu jahat tu apa S***," tulisnya.



Bagaimanapun, Fauzi tampil memohon maaf secara terbuka terhadap Raja Farah, suami dan keluarga atas perkongsian perkara itu di kaca TV.

Selain Fauzi, Khir Rahman juga mengambil pendekatan sama dengan membuat permohonan maaf menerusi hantaran di Instagram.



Selain Fauzi dan Raja Farah, filem Anak Halal yang ditayangkan pada 2007 turut menampilkan lakonan Farid Kamil, Maya Karin, Remy Ishak, Ady Putra, Bront Palarae dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epiquecity04 21-10-2021 09:33 AM
Bagus la joe bagi statement camni. Harap lagi ramai artis lelaki yg tampil utk kecam jantan2 tagune ni. Dah la mintak maap pon tak ikhlas. Si bodoh shuk tu pon patut dah lama kena cancel.
Quote KamikuP 21-10-2021 09:35 AM
Si poji cek nek dah disable komen kat ig. Anak pompuan dia pun merayu2 mintak maaf. Lisda cool jew as always dan Ritrud flips hair sambil senyum sinis jahhh..
Quote caprisonne 21-10-2021 09:44 AM
Thank you for voicing this out. Malaysia is so full of shitty celebrities, acting like mohon maaf can solve everything. This one is soo unforgivable! Sgt2 tak boleh dimaafkan. Perlu ada hukuman like kena gam oleh kementerian or sthing. Time2 mcm ni la rindu Tokmat Rahmat masa dia jd menteri penerangan dulu.
Quote uori 21-10-2021 09:53 AM
rindu zaman tokmat dulu
Quote makadek 21-10-2021 09:59 AM
Retis 1000x biar rasa terhina
Quote PrinceAlladin 21-10-2021 10:02 AM
Bila educated artis berbicara.tq joe berani bersuara.mana2 artis lelaki yang rasa aksi rogol tu menarik harap2 jangan menangis bila ada ahli keluarga sendiri jadi sasaran baru tau langit tinggi ke rendah.tak kena memang lah gelak
Quote beatgirlX 21-10-2021 10:07 AM
Aku x tgk sedutan yg Korg share..tapi apa reaksi Zul ngan Fizz?
Kalau diaorg pun x bersetuju patut voice out masa tu..kan da kena tempias jugak
Quote hotmak 21-10-2021 10:15 AM
beatgirlX replied at 21-10-2021 10:07 AM
Aku x tgk sedutan yg Korg share..tapi apa reaksi Zul ngan Fizz?
Kalau diaorg pun x bersetuju patut v ...

kalau ikut klip tu, dorang diam je, tak berani kot nak respon apa time tu, muka fizz tak nampak tapi muka zul nampak lah tak selesa

yg galak 3 ekor tu, khir tu tak padan muka pecah rumah terbahak2 gelak suka
Quote mendeluk 21-10-2021 10:32 AM
epiquecity04 replied at 21-10-2021 09:33 AM
Bagus la joe bagi statement camni. Harap lagi ramai artis lelaki yg tampil utk kecam jantan2 tagune  ...

Time live semalam dekat tiktok pun, boleh lagi nak gambarkan scene itu. Tahpape takde sensitiviti langsung!

Then suddenly live itu kena blocked, ramai orang report kot!
Quote lattehazelnut 21-10-2021 10:33 AM
Edited by lattehazelnut at 21-10-2021 12:07 PM

I really xfaham lawak rogol tu boleh lepas je tayang kat tv..
Tp lelaki melayu ni suka buat lawak lucah or rogol mcm syuk tu..
Org yg dengar tu uncomfortable ke underage ke apa diorg x kisah..
Lepastu nak blame netflix la hapa la..

Padahal otak korg tu yg xde filter, stiap masa ke situ je..
Quote miss_perfect 21-10-2021 10:50 AM
Walaupun tak suka joeflizzow sebut f word tapi baguslah dia highlight benda ni. Harap lebih ramai retis lelaki yang ke depan.
Quote miss_perfect 21-10-2021 10:51 AM
mendeluk replied at 21-10-2021 10:32 AM
Time live semalam dekat tiktok pun, boleh lagi nak gambarkan scene itu. Tahpape takde sensitiviti  ...

Serius weh? Semalam dia live apa pulak? Memang bodoh bebal tak bertebing rupanya. Dia mmg tak rasa benda tu salah.
Quote maxgamer82 21-10-2021 11:21 AM
normalisasikan rogol...kalau dah level camni, make sense juga la apa yang budak Ain cakapkan hari tu
Quote Thunderclouds 21-10-2021 11:29 AM
Edited by Thunderclouds at 21-10-2021 11:34 AM

Bila dh slalu dhidang sembang lucah, lawak rogol kt tv. Jd normalised lah. TV shows pn xdak filter. Producers punya education level setaraf host. Aci boleh. Netizen pn suka. Gelak smpi mnyembur2 kn? Ahh...melawak je tuuuhhh..hah. Hadapp. Marah pn sat ja ni. Esk2 lyn blk lawak2 lucah kt Maharaja Lawak larr.. Mahadewa kelakar larr..melayu kn mudah lupa. Meanwhile sembang lucah lawak rogol ni sama ja berakar umbi dlm sektor professional lain. It's a JOKE. Why so serious gituuuuhh
Quote adeqbun 21-10-2021 11:37 AM
banned trus 3-3 dr mne2 media dan pgram ni sekali
Quote KIM.K 21-10-2021 11:40 AM
OT jap. Mana berita flizzo omar nak kawin?
Quote kakuzu 21-10-2021 11:49 AM
ada banyak topik boleh sembang
oleh sebab itu.. fauzi, khir, shuk.. dah boleh cancel/boikot kut
jangan beli/tengok produk diorang
Quote TerataiMelur02 21-10-2021 11:55 AM
kakuzu replied at 21-10-2021 11:49 AM
ada banyak topik boleh sembang
oleh sebab itu.. fauzi, khir, shuk.. dah boleh cancel/boikot kut
jang ...

Lepas tu 3-3 ketul masuk tabligh
Atau pun merayu mintak diberikan peluang dengan alasan komitmen banyak. Phuik
Quote da_vinci 21-10-2021 12:01 PM
senangnyaaaa la haiiiiiiiii takat mintak mahap

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055354 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top