Washington: Berbagai cara terpaksa dilakukan untuk menutup kesalahan walaupun dengan cara yang kejam. Itu yang dilakukan seorang lelaki di Phoenix, Arizona selepas dia memilih untuk menyimpan mayat kekasihnya di dalam bekas plastik dengan alasan untuk 'sentiasa dekat dengannya'.
Daniel Blas Torrealba, 21, dituduh membunuh Destiny Munoz, 17, dan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sudah reput, lapor The New York Post. Polis berkata mayatnya dibungkus dengan plastik dan diikat di dalam sebuah bekas.
Torrealba dan adiknya Edwin Chavez-Blas, 19, kini dituduh menyembunyikan kematian Destiny dengan rancangan untuk memotongnya dengan gergaji besi dan menanamnya. Mangsa terbunuh akibat tembakan tetapi teman lelakinya mendakwa Destiny menembak dirinya sendiri ketika perbalahan. Adik-beradik berkenaan dituduh menyembunyikan mayat dan bukti pembunuhan mangsa yang juga ibu kepada bayi berusia setahun itu. Mereka didakwa memasukkan Destiny ke dalam bekas, yang dilaporkan berbau busuk ketika mayat itu ditemukan pada 5 Oktober. Torrealba menghantar pesanan ringkas kepada keluarga kekasihnya menggunakan telefonnya supaya mereka tidak bimbang mengenai wanita itu. Keluarganya melaporkan Destiny hilang pada 5 Oktober, dengan menyatakan mereka tidak melihatnya selama 10 hari, menurut akhbar Republik Arizona. Polis tiba di rumah itu dan kemudian menemukan mayat wanita itu di dalam sebuah bekas dan dia dipercayai meninggal dunia pada 26 September lalu. Chavez-Blas dikatakan membantu abangnya itu membersihkan tempat kejadian. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KamikuP replied at 21-10-2021 09:37 AM
Sadisnya tapi plot ni kalu buat movie kat netflix mau serem
ADVERTISEMENT