View: 773|Reply: 10
|
Simpan Mayat Kekasih Dalam Plastik,- "Nak Sentiasa Dekat Dengannya"
[Copy link]
|
|
Washington: Berbagai cara terpaksa dilakukan untuk menutup kesalahan walaupun dengan cara yang kejam.
Itu yang dilakukan seorang lelaki di Phoenix, Arizona selepas dia memilih untuk menyimpan mayat kekasihnya di dalam bekas plastik dengan alasan untuk 'sentiasa dekat dengannya'.
Daniel Blas Torrealba, 21, dituduh membunuh Destiny Munoz, 17, dan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sudah reput, lapor The New York Post.
Foto: Agensi
Polis berkata mayatnya dibungkus dengan plastik dan diikat di dalam sebuah bekas.
Torrealba dan adiknya Edwin Chavez-Blas, 19, kini dituduh menyembunyikan kematian Destiny dengan rancangan untuk memotongnya dengan gergaji besi dan menanamnya.
Mangsa terbunuh akibat tembakan tetapi teman lelakinya mendakwa Destiny menembak dirinya sendiri ketika perbalahan.
Adik-beradik berkenaan dituduh menyembunyikan mayat dan bukti pembunuhan mangsa yang juga ibu kepada bayi berusia setahun itu.
Mereka didakwa memasukkan Destiny ke dalam bekas, yang dilaporkan berbau busuk ketika mayat itu ditemukan pada 5 Oktober.
Torrealba menghantar pesanan ringkas kepada keluarga kekasihnya menggunakan telefonnya supaya mereka tidak bimbang mengenai wanita itu.
Keluarganya melaporkan Destiny hilang pada 5 Oktober, dengan menyatakan mereka tidak melihatnya selama 10 hari, menurut akhbar Republik Arizona.
Polis tiba di rumah itu dan kemudian menemukan mayat wanita itu di dalam sebuah bekas dan dia dipercayai meninggal dunia pada 26 September lalu.
Chavez-Blas dikatakan membantu abangnya itu membersihkan tempat kejadian. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sadisnya tapi plot ni kalu buat movie kat netflix mau serem |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah membunuh ni memang rasa boleh lepaskan diri ke..bodoh betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul mental mesti geng mat pat juga ni |
|
|
|
|
|
|
|
cari lain sajalah
ramai lagi manusia yg boleh dijadikan pasangan dalam dunia yang sementara ini
Sementara stok masih ada !
|
|
|
|
|
|
|
|
mentalnya simpan dlm bekas tupperware
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mendapat hukuman yang selayaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan paling bodoh
Kalau camtu buat apa bunuh sheol?
Ughhh |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 21-10-2021 09:37 AM
Sadisnya tapi plot ni kalu buat movie kat netflix mau serem
Series You kat netflix byk je scene bunuh bakar etc..dah covered |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 24-10-2021 04:28 AM
Series You kat netflix byk je scene bunuh bakar etc..dah covered
Ye betui lps je kes ni meolls terus tengok siri YOU season 1 wow very the sadis but I liked it |
|
|
|
|
|
|
| |
|