New Delhi: Seorang wanita berusia 70 tahun dari Gujerat, India, dipercayai menjadi salah seorang ibu tertua di dunia selepas berjaya mendapatkan zuriat menerusi kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bulan ini.
Jivunben Rabari, 70, dan suaminya Maldhari, 75, sebelum ini berusaha untuk mendapatkan bayi selama beberapa dekad, namun tidak berjaya, lapor The Sun. Pasangan dari sebuah kampung kecil bernama Mora di Gujerat, India itu sudah berkahwin selama 45 tahun. Jivunben berkata, dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk membuktikan usianya tetapi mendakwa berusia 70 tahun dan itu akan menjadikannya salah seorang ibu tertua di dunia.
Dr Naresh Bhanushali berkata, pihaknya sebelum ini memberitahu kepada pasangan itu bahawa mereka tidak dapat memperoleh anak pada usia tua. Namun, mereka tidak menerimanya. "Mereka memaklumkan banyak ahli keluarga juga melakukannya. Ini adalah salah satu kes paling jarang yang pernah saya lihat," katanya. Kebanyakan wanita mengalami putus haid pada usia 50-an dan kemungkinan wanita berusia 70-an hamil secara semula jadi hampir mustahil. Namun dengan IVF, mana-mana wanita dengan rahim yang sihat mempunyai peluang untuk hamil. Sebelum ini seorang lagi wanita India bernama Mangayamma Yaramati dipercayai wanita tertua di dunia yang melahirkan anak kembar melalui IVF pada September 2019, ketika berusia 74 tahun. Dia bersama suami berkahwin pada tahun 1962, dan sudah menunggu 57 tahun untuk seorang anak. Suaminya Raja Rao, 78, pengsan kerana serangan jantung sehari selepas isterinya selamat melahirkan kembar itu menerusi kaedah pembedahan. Ketika itu Pengarah Hospital Ahalya di Kothapet, Dr Sanakayyala Umashankar mengesahkan pembedahan berjalan lancar dan ibu serta bayi sihat dan tidak mengalami komplikasi sama sekali. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KamikuP replied at 21-10-2021 09:38 AM
Baby tu konfius ni mak ke nenk aku ni nanti?
mamajawie replied at 21-10-2021 11:58 AM
iollss rasa kesian kat baby tu sbab kebarangkalian mak pak nak hidup lama tu tipis..papepun ajal mau ...
jazaa100 replied at 21-10-2021 09:26 AM
Teringat kisah kakak kat ofis aku dulu.....
Ank tak bg dia dtg sekolah amik dia, suruh abg atau ka ...
edayildiz replied at 21-10-2021 12:49 PM
gembira tu mmg la..kalau dorg ni umo sampai 80 jer..bdk tu kecik lg ..sapa nk tlg jaga..mslh pulak n ...
jazaa100 replied at 21-10-2021 05:26 PM
Teringat kisah kakak kat ofis aku dulu.....
Ank tak bg dia dtg sekolah amik dia, suruh abg atau ka ...
ADVERTISEMENT