CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1377|Reply: 22

45 Tahun Tunggu Zuriat, Akhirnya Bersalin Di Usia 70 Tahun

[Copy link]
Post time 21-10-2021 09:09 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Seorang wanita berusia 70 tahun dari Gujerat, India, dipercayai menjadi salah seorang ibu tertua di dunia selepas berjaya mendapatkan zuriat menerusi kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bulan ini.


Jivunben Rabari, 70, dan suaminya Maldhari, 75, sebelum ini berusaha untuk mendapatkan bayi selama beberapa dekad, namun tidak berjaya, lapor The Sun.


Pasangan dari sebuah kampung kecil bernama Mora di Gujerat, India itu sudah berkahwin selama 45 tahun.


Foto: Agensi




Jivunben berkata, dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk membuktikan usianya tetapi mendakwa berusia 70 tahun dan itu akan menjadikannya salah seorang ibu tertua di dunia.


Dr Naresh Bhanushali berkata, pihaknya sebelum ini memberitahu kepada pasangan itu bahawa mereka tidak dapat memperoleh anak pada usia tua.


Namun, mereka tidak menerimanya.


"Mereka memaklumkan banyak ahli keluarga juga melakukannya. Ini adalah salah satu kes paling jarang yang pernah saya lihat," katanya.


Kebanyakan wanita mengalami putus haid pada usia 50-an dan kemungkinan wanita berusia 70-an hamil secara semula jadi hampir mustahil.


Namun dengan IVF, mana-mana wanita dengan rahim yang sihat mempunyai peluang untuk hamil.


Sebelum ini seorang lagi wanita India bernama Mangayamma Yaramati dipercayai wanita tertua di dunia yang melahirkan anak kembar melalui IVF pada September 2019, ketika berusia 74 tahun.


Dia bersama suami berkahwin pada tahun 1962, dan sudah menunggu 57 tahun untuk seorang anak.


Suaminya Raja Rao, 78, pengsan kerana serangan jantung sehari selepas isterinya selamat melahirkan kembar itu menerusi kaedah pembedahan.


Ketika itu Pengarah Hospital Ahalya di Kothapet, Dr Sanakayyala Umashankar mengesahkan pembedahan berjalan lancar dan ibu serta bayi sihat dan tidak mengalami komplikasi sama sekali. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2021 09:38 AM | Show all posts
Baby tu konfius ni mak ke nenk aku ni nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:08 AM | Show all posts
syukur akhirnya dpt anak lps berpuluh2 thn usaha..
tp kesian plk sbb dh tua.. badan / tenaga pun tak kuat sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:19 AM | Show all posts
larat btl mengandung dh tua2 gini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:58 AM | Show all posts
Walau pun ramai mengutuk tapi pasti dia amat gembira apa yang diinginkan dapat juga akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 11:55 AM | Show all posts
terbuktinya ayat : bersabar itu indah, berusaha pasti berjaya.. tahniah nek dpt kebahgian diusia senja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2021 11:58 AM | Show all posts
iollss rasa kesian kat baby tu sbab kebarangkalian mak pak nak hidup lama tu tipis..papepun ajal maut di tangan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 21-10-2021 09:38 AM
Baby tu konfius ni mak ke nenk aku ni nanti?

Teringat kisah kakak kat ofis aku dulu.....
Ank tak bg dia dtg sekolah amik dia, suruh abg atau kakak yg amik sbb mak kwn² semua muda lg.....malu mak dia dah tua,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 21-10-2021 11:58 AM
iollss rasa kesian kat baby tu sbab kebarangkalian mak pak nak hidup lama tu tipis..papepun ajal mau ...

Ayah dah meninggal sehari selepas dilahirkn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
usaha iteww mesti dlm bentuk praktical(the real thing)..bukan pakai toys..bila nak game?jawabnya antartue forever la

kim.k
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 05:39 PM | Show all posts
Kuat betul nenek bersalin umo 70…aku yg bersalin umo 39 ni pun perit rasanya berpantg…
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 07:19 PM | Show all posts
sorry la iols rasa sellfish, kesian budak budak yg ada ibu bapa tua , rasa rendah diri dan tidak gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 21-10-2021 07:32 PM

Teringat kisah Nabi Zakaria A.S dan isteri baginda
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tp yg menjadi kegusaran sbb dua2 dah tua nk jaga anak kecil
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gembira tu mmg la..kalau dorg ni umo sampai 80 jer..bdk tu kecik lg ..sapa nk tlg jaga..mslh pulak nnti

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2021 09:26 AM
Teringat kisah kakak kat ofis aku dulu.....
Ank tak bg dia dtg sekolah amik dia, suruh abg atau ka ...

Hahaha, macam2 peel budak2 ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 21-10-2021 12:49 PM
gembira tu mmg la..kalau dorg ni umo sampai 80 jer..bdk tu kecik lg ..sapa nk tlg jaga..mslh pulak n ...

Moga mak nya umo panjang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
alaa xde gmbo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2021 05:26 PM
Teringat kisah kakak kat ofis aku dulu.....
Ank tak bg dia dtg sekolah amik dia, suruh abg atau ka ...

haha kesiann
i pun sama lah dulu..kalau atuk i amik kt sekolah..i menyorok..buat2 tak knl..sian atuk tunggu lama
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2021 09:26 AM
Teringat kisah kakak kat ofis aku dulu.....
Ank tak bg dia dtg sekolah amik dia, suruh abg atau ka ...

Tanggang sungguh perangai anak kakak ofis mate u tu khennn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list