CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Suhana Tak Tahan Bau Suami, Paranoid Mengandung Musim Covid-19

20-10-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2753| Komen: 20

Kematian dan komplikasi yang berlaku kepada segelintir wanita hamil ketika negara sedang dilanda pandemik bukan satu hal yang menyenangkan buat segelintir kaum ibu.


Kerisauan sama turut dilalui dramatis popular, Iman Suhana yang kini sedang hamil lima bulan.

Kata Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid, 31, walaupun menerima khabar gembira kehamilan kedua, dia mengakui dilanda paranoid kerana mengandung ketika kes jangkitan Covid-19 sedang meningkat.


Foto: IG

“Alhamdulillah saya disahkan hamil sekitar Mei lalu tetapi ketika mendapat berita gembira ini, mental saya agak ‘koyak’ kerana banyak membaca tentang tidak sesuai mengandung pada musim Covid-19.


“Disebabkan itu, saya berehat sebentar daripada media sosial. Tanpa sedar, berita sebegitu boleh mematahkan semangat ibu-ibu yang sedang hamil sehingga memberi kesan kepada kandungan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.



Ujarnya, dia berharap agar semua wanita yang sedang hamil terus kuat dan jangan hiraukan kata-kata negatif orang lain.

“Kepada semua wanita yang sedang mengandung, kuatkan semangat.

“Percayalah bahawa setiap kehamilan sudah ditentukan Tuhan. Jika Allah SWT kata sudah sampai masanya (hamil), Dia akan tetap akan beri,” katanya lagi.


Bercerita lanjut, dia yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu memberitahu alahan yang dialaminya teruk berbanding ketika hamil anak pertama.

“Tiga bulan pertama memang terbaring saja, asyik muntah dan bau masakan seperti bau tumisan pun tidak boleh.

“Selain itu, saya juga tak boleh dengan bau badan suami sendiri. Dia mandi atau tidak, saya tetap tidak boleh terima,” ujarnya.



Untuk rekod, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu berkahwin dengan Muhammad Shazwan Ibrahim , 32, iaitu seorang ahli perniagaan pada tahun 2018.


Pasangan itu seterusnya dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia tiga tahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 20-10-2021 08:37 AM
baru nak cakap whu are yus...rupanya dia ni..ok la berlakon takde la kayu sangat...lawak yang masa dia sekolah kan didie alias dalam cite apa tah..
Quote dudaberhias 20-10-2021 08:58 AM
princessmiang replied at 20-10-2021 08:37 AM
baru nak cakap whu are yus...rupanya dia ni..ok la berlakon takde la kayu sangat...lawak yang masa d ...

Tapi memang who are yusssss pun kaka...

Dah kenapa la gosip retisss sekarang asyik pasal bunting je??? Apa kata cerita sekali proses sebelum bunting tu. Apakah posisi sebelum bunting tu??.. Isteri atas katil dan suami nyorok dalam karpet ke... Somi atas katil dan bini bawah katil ke... Atau somi atas tilam, bini tersangkut kat kipas dengan selimut ala2 cirque show agitteww... Yang ni takde pulak deorang nak gosip.
Quote hareeeesah 20-10-2021 09:09 AM
Aku ni kategori acik teruk dah ni ramainya tak kenal dah tah siapa je la pelakon ke penyanyi dengan influenzer pelik-pelik
Quote nakkomenjugak 20-10-2021 09:14 AM
Whoisyuhhhhhhh sisssss?
Quote KamikuP 20-10-2021 10:03 AM
Who are her?
Quote imanjannah 20-10-2021 10:09 AM
moga baik2 sahaja
Quote TomyamPuteh 20-10-2021 11:22 AM
Aku kenal je dia ni.Time watak jahat annoying betul muka dia.
Quote Gomea 20-10-2021 05:57 PM
Tak kenal lor
Quote missyL 20-10-2021 06:03 PM
dudaberhias replied at 20-10-2021 08:58 AM
Tapi memang who are yusssss pun kaka...

Dah kenapa la gosip retisss sekarang asyik pasal bunting  ...

Hahaha.
Musim pkp u.

Rezeki.
Tp ade yg kate x elok bgthu preggy. Haha
Dah beranak br bgthu. Smbil pgg perut
Quote sleepandream 20-10-2021 06:41 PM
so laki tido luar ke
Quote luvly_snow8608 20-10-2021 06:42 PM
Sheols nie berlakon best jugak. Pandai bawak watak. Xsangka binik + mak orang rupanya
Quote KIM.K 20-10-2021 06:55 PM
Semoga selamat semuanya
Quote nakkomenjugak 20-10-2021 07:39 PM
Whoisyuhhhhhhh sisss???
Quote gideoncross 21-10-2021 03:28 AM
Who is you kekdahnya.
Quote gideoncross 21-10-2021 03:29 AM
hareeeesah replied at 20-10-2021 09:09 AM
Aku ni kategori acik teruk dah ni ramainya tak kenal dah tah siapa je la pelakon ke penyanyi dengan  ...

Sma je mcm iol, iol pun xknal dia ni siapa.
Quote supermum 21-10-2021 05:36 AM
Dia ni berlakon best, lawak boleh watak serius pun boleh. Masa berlakon ngan Amyra Rosli aritu aku rasa lakonan dia lagi ok dari Mira. Baik bagi dia je watak utama
Quote kiah_mai_pulak 21-10-2021 07:36 AM
siapa kah innehhhhh??
Quote Lagubestbest 22-10-2021 02:02 AM
siyes ar.. dia ni dah lekat kat otak i umur2 form 4 espiem je.. sukar nak ubah beri pandangan umur 31.
Quote boojaat 22-10-2021 07:52 AM
Sapo dia ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.108114 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top