CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilabel Kejung Mengacara, Amyra Rosli Usaha Baiki Diri

20-10-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5973| Komen: 64

Selepas lebih dua bulan menjadi pengacara rancangan Nona, pelakon Amyra Rosli mengakui semakin jatuh cinta dengan kerjaya tersebut dan berasa seronok melakukan tugas pengacaraan.


Ujar Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, selepas menjalani latihan dari hari ke hari untuk memantapkan lagi kemahiran pengacaraan, dia semakin jatuh cinta dengan bidang tersebut selain menjadi bertambah yakin.


Foto: IG

“Mula-mula memang tak yakin. Tapi dari hari ke hari saya lakukan latihan, lama-lama akan jadi biasa dan saya rasa seronok nak buat.

“Sekarang saya suka sangat jadi pengacara. Sangat suka!” jelas Amyra menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.


Ujar isteri kepada pelakon Amar Baharin itu lagi, ketika awal-awal menggalas tugas sebagai pengacara Nona yang dilakukan di dalam studio, dia terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan diri dalam bidang pengacaraan.



Bagaimanapun lama kelamaan, pelakon drama Nur itu dapat membiasakan diri dan faham apa yang perlu dia lakukan selepas beberapa episode ke udara selain penggambaran dibuat di luar studio.

“Mungkin masa baru mula-mula mengacara dalam studio, saya ‘kejung’ sikit.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Sebab nak berjaya kita kena hadap apa sahaja yang ada di depan. Janji kita rajin belajar dan tingkatkan diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Amyra berkata dia perlu sentiasa meningkatkan kemahirannya dalam dunia pengacaraan seiring dengan sokongan yang diberikan oleh peminat terhadapnya.



Manakala untuk mereka yang mengecam dirinya, dia Cuma menganggap perkara tersebut sebagai satu cabaran untuk dirinya sedar dan keluar daripada zon selesa.

“Kehidupan ini sekejap di atas dan sekejap di bawah. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan jangan sesekali berputus asa,” katanya.




Menerusi hantaran itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa rakan pengacara seperti Fiza Frizzy, Ameera Zaini dan Fiza Sabjahan kerana akan berkongsi ilmu pengacaraan dengannya pada setiap minggu.

Untuk rekod, sebelum ini program tersebut telah dikendalikan pelakon, Mira Filzah selama tiga tahun sejak 2018.

Selain Mira dan Normala Samsudin, antara nama lain yang pernah menjadi pengacara bagi program Nona yang mula bersiaran sejak tahun 1991 ialah Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanidah Imran, Farah Fauzana, Neelofa dan Fouziah Ghous. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 20-10-2021 08:39 AM
Saya tidak kisah apa orang nak cakap


dah memang ko mengacara haus... dengan gigi kuning.. tak selera nak tengok.. nasib la siapa je yang layan nona sekarang ni? orang tgk netflix dsb jah
Quote dudaberhias 20-10-2021 08:43 AM
princessmiang replied at 20-10-2021 08:39 AM
dah memang ko mengacara haus... dengan gigi kuning.. tak selera nak tengok.. nasib la siapa je yan ...

khennn kaka... kalau bukan dia mengacara pun sememangnyaaa nona tu dah hausss menanti di kambus belakang rumah jah pun...

sebelum2 ni pun retis2 taibai unta dan takde aura jua yang jadi pengacara... jahlop... muka asas... lepastu ikan cencaru...

sooo??? tutuppppp TV... lontar kot tingkap.... pergi shopee beli smart tv... bukak netflix...
Quote tomatome 20-10-2021 08:45 AM
princessmiang replied at 20-10-2021 08:39 AM
dah memang ko mengacara haus... dengan gigi kuning.. tak selera nak tengok.. nasib la siapa je yan ...

Aku perasan gigi dia kuning since rancangan dia dapat baby dulu.. adakah sbb muka dia terlalu cerah smpai nmpk sgt gigi dia kuning???sbb kontra sgt
Quote tomatome 20-10-2021 08:46 AM
Aku tgk nona smpai fauziah ghous jd host je pastu x pnh tgk da
Quote princessmiang 20-10-2021 08:47 AM
dudaberhias replied at 20-10-2021 08:43 AM
khennn kaka... kalau bukan dia mengacara pun sememangnyaaa nona tu dah hausss menanti di kambus be ...

yee rancangan nona ni selayaknya dikambus bersama kek mamasab kering kejung.. start drpd jahqobies jadi hos terus flop merudum...mak incess pun baru je beli smart tv last week sebab nak layan ichang dengan chu bro.. kalau tak sheol peminat setia nonok, meloya.. sekarang dah kambus
Quote princessmiang 20-10-2021 08:49 AM
tomatome replied at 20-10-2021 08:45 AM
Aku perasan gigi dia kuning since rancangan dia dapat baby dulu.. adakah sbb muka dia terlalu cera ...

ntah...mungkin kot mekap putih sgt sampai ketara kuningnya... masa drama apa tah sheol dgn saharul ridzwan... ya ampun... kuning terserlah..takkan smoking kot.. maybe coffee intake.. tapi ko retis nak masuk tv hd sekarang ni pergi lah scaling ke whitening ke
Quote NazRysha 20-10-2021 08:50 AM
sekeping nya badan dia
dia pakai tudung tak lawa
bila dia free hair nampak mcm modern sikit
Quote tomatome 20-10-2021 09:12 AM
princessmiang replied at 20-10-2021 08:49 AM
ntah...mungkin kot mekap putih sgt sampai ketara kuningnya... masa drama apa tah sheol dgn saharul ...

Aku x rasa dia smoking.. kuat mengopi kut.. caffeine kan boleh buat gigi kuning.. dia x tgk tb ke? Xkn x prasan gigi sndr kuning ermmmm
Quote dudaberhias 20-10-2021 09:19 AM
tomatome replied at 20-10-2021 09:12 AM
Aku x rasa dia smoking.. kuat mengopi kut.. caffeine kan boleh buat gigi kuning.. dia x tgk tb ke? ...

Entah2 kaka kita sibuk dok kata sheols smoking atau ambil caffeinae... Ujung2 rhoperrnyaaa sheols tak pernah gosok gigi pun... Takat kumur2 listerine jah ehhh choiiii...
Quote sopianpiann 20-10-2021 09:22 AM
Edited by sopianpiann at 20-10-2021 09:23 AM
tomatome replied at 20-10-2021 08:45 AM
Aku perasan gigi dia kuning since rancangan dia dapat baby dulu.. adakah sbb muka dia terlalu cera ...


mmg gigi dia kuning dan kt gigi tgh tu mcm karies gigi..cuba tgk btul btul. iols selalu akn focus kt gigi dia..sbb gigi tak selawa orgnya
Quote princessmiang 20-10-2021 09:23 AM
tomatome replied at 20-10-2021 09:12 AM
Aku x rasa dia smoking.. kuat mengopi kut.. caffeine kan boleh buat gigi kuning.. dia x tgk tb ke? ...

kalau kuat ngopi minumlah pakai straw nak elak stain tu kena gigi.. itulaa...muka lawa tp gigi kuning.. ko bawak2 la tgk cermin
Quote tomatome 20-10-2021 09:24 AM
dudaberhias replied at 20-10-2021 09:19 AM
Entah2 kaka kita sibuk dok kata sheols smoking atau ambil caffeinae... Ujung2 rhoperrnyaaa sheols  ...

Dia kalau x gosok boleh nampak taik melekat kat gigi.. nmpak mcm blapis gigi tu dgn keladak.. tapi gigi dia bersih je cuma warna x berapa nak cerah.. keh3….
Quote princessmiang 20-10-2021 09:24 AM
dudaberhias replied at 20-10-2021 09:19 AM
Entah2 kaka kita sibuk dok kata sheols smoking atau ambil caffeinae... Ujung2 rhoperrnyaaa sheols  ...

yekkkkkk konfem bau tungkik... lagian kalau kumur listerine jah terhakis gigi nanti
Quote tomatome 20-10-2021 09:26 AM
sopianpiann replied at 20-10-2021 09:22 AM
mmg gigi dia kuning dan kt gigi tgh tu mcm karies gigi..cuba tgk btul btul. iols selalu akn focus  ...

Hahaha adui 1 hal pulak nk perati gigi dia betul2.. i kan kalau tgk gigi kuning je bila bcakap dgn org blh turn off..

Mungkin dia xnk wat whitening sbb gigi yg kekuningan sikit tanda gigi kuat kan..


Eh da jadi benang warna gigi pulak
Quote misspokoyo 20-10-2021 09:27 AM
princessmiang replied at 20-10-2021 08:47 AM
yee rancangan nona ni selayaknya dikambus bersama kek mamasab kering kejung.. start drpd jahqobies ...

asak kek mamasab tu pemes gile... iols rasa tak lah sedap mn.. mahai plak
Quote tomatome 20-10-2021 09:28 AM
princessmiang replied at 20-10-2021 09:23 AM
kalau kuat ngopi minumlah pakai straw nak elak stain tu kena gigi.. itulaa...muka lawa tp gigi kun ...

Hahahahha..

Patut dia artis kena lbh concern dr kita.. teringat aku kat ituini yg dah migrate australia tu.. gigi dia pn kuning2 sikit tapi xdela ketara sgt sbb dia x makeup gomak.. cuma bersih la
Quote Nurul_007 20-10-2021 09:52 AM
amyra ni dulu lawa sangat tapi skrg dh kurang meols tengok dia ni macam sangat letih then lakinya nampak nak jadi terpling soleh juga kadang2x.meols tengok dia mengacara memang tak ada aura
Quote princessmiang 20-10-2021 10:01 AM
misspokoyo replied at 20-10-2021 09:27 AM
asak kek mamasab tu pemes gile... iols rasa tak lah sedap mn.. mahai plak

kak @dudaberhias ada jawabannya
Quote princessmiang 20-10-2021 10:02 AM
tomatome replied at 20-10-2021 09:28 AM
Hahahahha..

Patut dia artis kena lbh concern dr kita.. teringat aku kat ituini yg dah migrate aus ...

kanzzzzz...ni kita pulak yang kena fikir masalah gigi kuning dia...yihhhhhh sangat

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.121417 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top