View: 5366|Reply: 64
|
Dilabel Kejung Mengacara, Amyra Rosli Usaha Baiki Diri
[Copy link]
|
|
Selepas lebih dua bulan menjadi pengacara rancangan Nona, pelakon Amyra Rosli mengakui semakin jatuh cinta dengan kerjaya tersebut dan berasa seronok melakukan tugas pengacaraan.
Ujar Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, selepas menjalani latihan dari hari ke hari untuk memantapkan lagi kemahiran pengacaraan, dia semakin jatuh cinta dengan bidang tersebut selain menjadi bertambah yakin.
Foto: IG
“Mula-mula memang tak yakin. Tapi dari hari ke hari saya lakukan latihan, lama-lama akan jadi biasa dan saya rasa seronok nak buat.
“Sekarang saya suka sangat jadi pengacara. Sangat suka!” jelas Amyra menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Ujar isteri kepada pelakon Amar Baharin itu lagi, ketika awal-awal menggalas tugas sebagai pengacara Nona yang dilakukan di dalam studio, dia terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan diri dalam bidang pengacaraan.
Bagaimanapun lama kelamaan, pelakon drama Nur itu dapat membiasakan diri dan faham apa yang perlu dia lakukan selepas beberapa episode ke udara selain penggambaran dibuat di luar studio.
“Mungkin masa baru mula-mula mengacara dalam studio, saya ‘kejung’ sikit.
“Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Sebab nak berjaya kita kena hadap apa sahaja yang ada di depan. Janji kita rajin belajar dan tingkatkan diri sendiri,” ujarnya.
Pada masa sama, Amyra berkata dia perlu sentiasa meningkatkan kemahirannya dalam dunia pengacaraan seiring dengan sokongan yang diberikan oleh peminat terhadapnya.
Manakala untuk mereka yang mengecam dirinya, dia Cuma menganggap perkara tersebut sebagai satu cabaran untuk dirinya sedar dan keluar daripada zon selesa.
“Kehidupan ini sekejap di atas dan sekejap di bawah. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan jangan sesekali berputus asa,” katanya.
Menerusi hantaran itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa rakan pengacara seperti Fiza Frizzy, Ameera Zaini dan Fiza Sabjahan kerana akan berkongsi ilmu pengacaraan dengannya pada setiap minggu.
Untuk rekod, sebelum ini program tersebut telah dikendalikan pelakon, Mira Filzah selama tiga tahun sejak 2018.
Selain Mira dan Normala Samsudin, antara nama lain yang pernah menjadi pengacara bagi program Nona yang mula bersiaran sejak tahun 1991 ialah Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanidah Imran, Farah Fauzana, Neelofa dan Fouziah Ghous. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tidak kisah apa orang nak cakap
dah memang ko mengacara haus... dengan gigi kuning.. tak selera nak tengok.. nasib la siapa je yang layan nona sekarang ni? orang tgk netflix dsb jah |
|
|
|
|
|
|
|
khennn kaka... kalau bukan dia mengacara pun sememangnyaaa nona tu dah hausss menanti di kambus belakang rumah jah pun...
sebelum2 ni pun retis2 taibai unta dan takde aura jua yang jadi pengacara... jahlop... muka asas... lepastu ikan cencaru...
sooo??? tutuppppp TV... lontar kot tingkap.... pergi shopee beli smart tv... bukak netflix...
|
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 20-10-2021 08:39 AM
dah memang ko mengacara haus... dengan gigi kuning.. tak selera nak tengok.. nasib la siapa je yan ...
Aku perasan gigi dia kuning since rancangan dia dapat baby dulu.. adakah sbb muka dia terlalu cerah smpai nmpk sgt gigi dia kuning???sbb kontra sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk nona smpai fauziah ghous jd host je pastu x pnh tgk da |
|
|
|
|
|
|
|
yee rancangan nona ni selayaknya dikambus bersama kek mamasab kering kejung.. start drpd jahqobies jadi hos terus flop merudum...mak incess pun baru je beli smart tv last week sebab nak layan ichang dengan chu bro.. kalau tak sheol peminat setia nonok, meloya.. sekarang dah kambus
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah...mungkin kot mekap putih sgt sampai ketara kuningnya... masa drama apa tah sheol dgn saharul ridzwan... ya ampun... kuning terserlah..takkan smoking kot.. maybe coffee intake.. tapi ko retis nak masuk tv hd sekarang ni pergi lah scaling ke whitening ke
|
|
|
|
|
|
|
|
sekeping nya badan dia
dia pakai tudung tak lawa
bila dia free hair nampak mcm modern sikit |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 20-10-2021 08:49 AM
ntah...mungkin kot mekap putih sgt sampai ketara kuningnya... masa drama apa tah sheol dgn saharul ...
Aku x rasa dia smoking.. kuat mengopi kut.. caffeine kan boleh buat gigi kuning.. dia x tgk tb ke? Xkn x prasan gigi sndr kuning ermmmm |
|
|
|
|
|
|
|
tomatome replied at 20-10-2021 09:12 AM
Aku x rasa dia smoking.. kuat mengopi kut.. caffeine kan boleh buat gigi kuning.. dia x tgk tb ke? ...
Entah2 kaka kita sibuk dok kata sheols smoking atau ambil caffeinae... Ujung2 rhoperrnyaaa sheols tak pernah gosok gigi pun... Takat kumur2 listerine jah ehhh choiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sopianpiann at 20-10-2021 09:23 AM
tomatome replied at 20-10-2021 08:45 AM
Aku perasan gigi dia kuning since rancangan dia dapat baby dulu.. adakah sbb muka dia terlalu cera ...
mmg gigi dia kuning dan kt gigi tgh tu mcm karies gigi..cuba tgk btul btul. iols selalu akn focus kt gigi dia..sbb gigi tak selawa orgnya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kuat ngopi minumlah pakai straw nak elak stain tu kena gigi.. itulaa...muka lawa tp gigi kuning.. ko bawak2 la tgk cermin
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 20-10-2021 09:19 AM
Entah2 kaka kita sibuk dok kata sheols smoking atau ambil caffeinae... Ujung2 rhoperrnyaaa sheols ...
Dia kalau x gosok boleh nampak taik melekat kat gigi.. nmpak mcm blapis gigi tu dgn keladak.. tapi gigi dia bersih je cuma warna x berapa nak cerah.. keh3…. |
|
|
|
|
|
|
|
yekkkkkk konfem bau tungkik... lagian kalau kumur listerine jah terhakis gigi nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
sopianpiann replied at 20-10-2021 09:22 AM
mmg gigi dia kuning dan kt gigi tgh tu mcm karies gigi..cuba tgk btul btul. iols selalu akn focus ...
Hahaha adui 1 hal pulak nk perati gigi dia betul2.. i kan kalau tgk gigi kuning je bila bcakap dgn org blh turn off..
Mungkin dia xnk wat whitening sbb gigi yg kekuningan sikit tanda gigi kuat kan..
Eh da jadi benang warna gigi pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
asak kek mamasab tu pemes gile... iols rasa tak lah sedap mn.. mahai plak
|
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 20-10-2021 09:23 AM
kalau kuat ngopi minumlah pakai straw nak elak stain tu kena gigi.. itulaa...muka lawa tp gigi kun ...
Hahahahha..
Patut dia artis kena lbh concern dr kita.. teringat aku kat ituini yg dah migrate australia tu.. gigi dia pn kuning2 sikit tapi xdela ketara sgt sbb dia x makeup gomak.. cuma bersih la
|
|
|
|
|
|
|
|
amyra ni dulu lawa sangat tapi skrg dh kurang meols tengok dia ni macam sangat letih then lakinya nampak nak jadi terpling soleh juga kadang2x.meols tengok dia mengacara memang tak ada aura |
|
|
|
|
|
|
| |
|