CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Nak Terima Makanan Atau Hadiah Peminat, Tajul Bimbang Terkena Buatan Orang

20-10-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1662| Komen: 8

Penderitaan yang dilalui abang kandung sendiri yang berbulan-bulan terlantar akibat serangan penyakit misteri membuatkan penyanyi Tajul Ariff sangat berjaga-jaga saat ditawarkan sebarang hadiah atau pemberian makanan daripada peminat.


Bukan bersikap biadap mahu pun buruk sangka, Tajul sebaliknya yakin hanya orang yang pernah melalui situasi sama memahami punca pendekatan yang diambil ketika ini.

Foto: IG

“Sebenarnya dari dahulu pun saya sentiasa berhati-hati baik dalam perbualan dan perlakuan, tambah-tambah apabila diajukan makanan dan hadiah sebab kita tak tahu niat orang.

“Tetapi tidaklah sampai kita berburuk sangka dengan semua orang. Cuma kalau kita enggan pihak pemberi yang ikhlas berkecil hati, kita ambil dahulu pemberian mereka sebagai tanda terima kasih.


“Jangan pula tunjuk muka kurang senang atau tolak mentah-mentah, itu perbuatan biadap,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada awal April lalu abang Tajul yang juga penyanyi Khalis atau nama sebenar Mohd Khalis Md Shari, 33, terlantar hanya selepas empat hari diserang penyakit sehingga seluruh tubuh badannya lemah, tidak boleh berjalan mahupun bercakap.



Sebelum ini The Real Spin itu memang mempunyai masalah kencing manis, namun masih terkawal sekali gus membuatkan ahli keluarganya sanggup berubat dengan apa cara sekali pun.

Keadaan penyanyi lagu Semakin Rindu itu menjadi perhatian apabila videonya didukung seseorang sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital menampakkan dirinya yang cengkung dan kurus kering. Sentiasa berulang alik mendapatkan rawatan hospital selain tidak mengenepikan perubatan Islam, keadaan kesihatan bapa kepada tujuh cahaya mata itu dikatakan tidak menentu.

Dalam perkembangan terkini, Tajul, 23, meluahkan rasa syukur di atas tahap kesihatan Khalis yang semakin menunjukkan perubahan positif berbanding beberapa bulan lalu.

Katanya, insan kesayangan mereka sekeluarga itu sudah hampir 90 peratus pulih apabila dapat berjalan seperti dulu selain sudah banyak berbual, punya selera makan dan boleh menyanyi semula.



“Alhamdulillah, abang saya dalam proses penyembuhan. Boleh dikatakan hampir 90 peratus pulih. Kami lega tengok perkembangannya. Daripada terlantar, dia sudah boleh berjalan, borak dan menyanyi semula.

“Ini semua berkat doa dan sokongan semua pihak terutama isteri dan anak-anaknya yang sentiasa menjaganya dengan baik serta memberikan sepenuh perhatian supaya dia kembali bersemangat,” kata pemilik nama sebenar Tajuk Arif Noor Md Shari itu.

Ditanya lagi mengenai dirinya sama ada pernah berhadapan situasi sama, Tajul hanya berharap dia bersama seluruh ahli keluarganya terus dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

“Kita hanya mampu berserah kepada-Nya. Paling penting setiap kali selepas solat kita jangan lupa berdoa supaya dijauhkan daripada benda khurafat seperti itu. Banyakkan berselawat dan usah leka,” tambahnya lagi.



Sementara itu, Tajul melayangkan terima kasih di atas sambutan ramai terhadap lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal arwah abangnya, Achik Spin yang dibawakan semula bersama Afieq Shazwan.

Akuinya, sejak dilancarkan pada 15 September lalu sambutan pendengar diberikan sangat luar biasa malah menguatkan impiannya untuk menghasilkan album penuh yang memuatkan dendangan Allahyarham.



“Setakat ini saya dan Afieq memang sudah rakamkan sebuah lagi lagu baharu, cuma tinggal siapkan pembikinan muzik video kami. Selepas ini bakal muncul pula lagu lain daripada buah tangan terdahulu Achik.

“Semua itu masih dalam perancangan tetapi besar harapan saya andai dapat merealisasikan album khas yang memuatkan lagu lama Allahyarham termasuk dendangan solonya,” kongsi Tajul lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-10-2021 09:05 AM
Oh ok, nasib baik bukan dia yang kena buatan.

Iols yang dalam forum ni pun tak hingin pun nak terbeliak bijik mata dan jeling hantar penyakit ain dekat heolss ni secara percuma. Awak sendusss di dalam hujan jadi tak payah risau...
Quote ezacbee 20-10-2021 11:09 AM
Untungla ada peminat.
Sekali imbas muka cam dodit pelawak indon.
Quote sleepandream 20-10-2021 11:29 AM
okla adik heols dah makin pulih...
Quote KamikuP 20-10-2021 12:20 PM
Tajul di dulu bukan main tak ngaku dah kawin. Takut letew kena mcm abg dia cpt2 claim dah kawin..
Quote nakkomenjugak 20-10-2021 07:38 PM
Tak nakkk?? Haa bagi iol
Quote eely_shana 1-11-2021 10:47 PM
ada betulnya tu
Quote buragazz 3-11-2021 01:45 PM
Dia ni aku jumpa kat PD alahai kemetot.. kecik macam budak baru lepas UPSR
Quote AshkieLa 3-11-2021 03:18 PM
ko gak yg sibuk nak jadi retis atas tiket nama arwah abang ko...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042869 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top