CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mathni Razak Ditipu Penyewa, Dikejar Oleh Lintah Darat

18-10-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2079| Komen: 13

Description: Mathni Razak membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan penipuan terhadapnya baru-baru ini.
Mathni Razak membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan penipuan terhadapnya baru-baru ini.

Mathni ketika dihubungi berkata, penipuan membabitkan bilik yang disewakannya di Kajang itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian beberapa ribu ringgit.


Foto: IG

"Saya dah buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Jumaat lalu. Individu itu menipu saya dan isteri, kononnya meminta kami menyediakan ruang dan kelengkapan seperti katil dua tingkat, loker, dapur, WiFi dan sebagainya untuk 10 penyewa.

"Namun, selepas kami keluarkan duit dan siapkan semua kelengkapan, tak ada penyewa pun yang masuk dan dia yang sempat menyewa selama dua bulan di situ juga melarikan diri.


"Lebih parah, dia juga membuat pinjaman daripada 'lintah darat' (ceti haram) dan saya pula yang dihubungi oleh 'lintah darat' itu yang menuntut hutang dibuatnya," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Mathni, individu itu juga menyamar sebagai pegawai polis dan kononnya berpindah dari Ipoh, Perak ke IPD Kajang.

"Apabila saya dan isteri ke IPD Kajang, kami bertanya sama ada dia adalah pegawai polis yang bertugas di situ. Namun, tidak wujud.

"Apabila diselidik, dia adalah bekas pengawal keselamatan yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya.



Terdahulu, individu itu menghubungi isteri Mathni untuk berbincang mengenai sewa bilik.

"Pada awalnya, individu ini menghubungi isteri saya dan memaklumkan bahawa dia ingin menyewa premis kami untuk 10 rakan-rakannya.

"Dia meyakinkan kami bahawa dia adalah pegawai polis dan kami juga tidak mengambil bayaran pendahuluan memandangkan turut meletakkan kepercayaan kepadanya.



"Namun, selepas beberapa bulan, tidak ada penyewa pun yang datang. Malah, dia pun masuk menetap di bilik yang disediakan itu selama dua bulan. Setiap kali meminta bayaran sewa, dia akan beri pelbagai alasan yang tak masuk akal," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-10-2021 10:39 AM
Hmm bertabahlah. Lenkali mintak duit dulu baru siapkan semuanya. Haa kan dah rugi
Quote NekNgah 18-10-2021 12:15 PM
Hanya kerana dia mengaku dia pegawai polis.  

Scammer di mana-mana ya.
Quote trexxxxxi 18-10-2021 12:47 PM
Dia ni siapa?
Quote slyfynx 18-10-2021 01:13 PM
Jap, ini ialah siapa?
Retis kah?
Awat nama n muke aku x kenal langsung
Quote sambaldurian 18-10-2021 01:19 PM
bab x amek deposit dulu ak x kisah sgt, sbb ada je kes betul2 terdesak, dh kerja br dpt byr sewa bilik. tp ak x fhm apsal ahlong nk kejar tuan rumah pulak, yg pinjam penyewa.
Quote laksmanabentan 18-10-2021 01:52 PM
artis ekkk nih...
Quote chinta89 18-10-2021 02:43 PM
jgn percaya even dia kata di apeg polis yg btl2 bukan menyamar sekalipun.

bba duit jgn dibuat main.

btw dia ni berlakon cter ape ek pernah nmpk dia blakon tp x sure cte ape..
Quote chinta89 18-10-2021 02:44 PM
ala komen hilang plk..

jgn percaya sapa2 bab duit niiii

btw dia blkaon cter ape ek pernah tgk tp  ingat2 lupa
Quote sleepandream 18-10-2021 03:01 PM
heols sewakan rumah jenis apa yach dpt 10 orang sekali duduk? teres 4 bilik ke
Quote mohdcrow 18-10-2021 03:52 PM
Ingatkan gosip antarabangsa tadi
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:53 PM
Whoisyuhhhhhhh dam bertabahlah
Quote mawarkhayalan99 20-10-2021 04:25 PM
nasib baik iols tak jadi couple dengan heols time dulu2 sebab iols kurang gemar dgn bulu buluan xD
Quote belacan_gurl 20-10-2021 07:00 PM
sambaldurian replied at 18-10-2021 01:19 PM
bab x amek deposit dulu ak x kisah sgt, sbb ada je kes betul2 terdesak, dh kerja br dpt byr sewa bil ...

Along tu sbb dia tau alamat umah ni...jgn main2 dgn along...org yg pinjam dorg x dpt habis owner jadi mangsa sbb alamat..aku ada baca kes yg pembeli umah diganggu along sbb owner lama pinjam duit...dibaginya alamat umah tu...dia gi byk kali kat along tersebut bgtau owner lama dah xde tup2 along lain plak dtg...kesian gila..mamat yg buat onar tu cina...ada terbaca kes gini dulu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054464 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top