CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain Kedah Dilabel Penunggang Agama

18-10-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4277| Komen: 31

Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof yang mengasaskan sebuah pusat pengajian al-Quran di Alor Setar, berasa kesal dengan sesetengah pihak yang melabelnya sebagai 'si penunggang agama'.


Azmeer, 31, mendedahkan mengenai perkara itu dalam laman Facebook miliknya namun beliau sebaliknya mengajak mereka yang melontarkan tohmahan kepadanya supaya tampil menyertai kelas mengaji percuma yang disediakannya.

"Kepada yang selalu anggap saya 'si penunggang agama', Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY) sentiasa terbuka untuk anda. Apa yang saya buat ini mungkin tidak memberi manfaat kepada anda, tapi PPAY ini boleh memberi manfaat kepada orang ramai, Insya-Allah.

"Sejahat mana pun saya, sejahat mana pun manusia, tetap akan ada kebaikan. Jangan terlalu lantang bersuara sehinggakan kita lupa semua manusia buat dosa. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menghulurkan bantuan. Insya-Allah pahala akan mengalir buat kalian selagi mana bangunan ini digunakan," tulisnya.



Foto: Harian Metro

Selepas tergendala seketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, beliau meneruskan kelas pengajian al-Quran di PPAY cawangan Tongkang Yard dan Kuala Kedah sejak 3 Oktober lalu.

"Jom isi masa kita dengan al-Quran. Terlalu banyak manfaat apabila kita bersahabat baik dengan al-Quran. Di PPAY bacaan al-Quran tidak berat. Saya menggunakan kaedah read & go. Dalam erti kata lain korang datang PPAY baca sekurang-kurangnya satu muka surat, kemudian korang terus boleh balik.

"Mudahkan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk membaca al-Quran secara bersemuka dengan ustaz atau ustazah. Ustaz atau ustazah yang saya sediakan Insya-Allah akan membetulkan bacaan dan tajwid sebaik mungkin. Saya harap sangat semua orang terbuka hati untuk membaca al-Quran," tulis bekas pemain Kuala Lumpur, Proton FC, Perak, Pos Malaysia, Negeri Sembilan, Tentera dan Kedah itu.

Ketika musim PKP beliau mengadakan kelas pengajian al-Quran secara atas talian namun kini semuanya secara bersemuka.

Cawangan Tongkang Yard dikhususkan untuk pelajar lelaki manakala di Taman Bersatu, Kuala Kedah bagi pelajar wanita

"Janganlah kita hantar anak saja mengaji ye, kita sendiri pun kenalah mengaji sama," katanya yang bersara tahun lalu sebelum memutuskan untuk menetap di Kedah dan membuka perniagaan kedai gunting rambut serta jualan barangan sukan atas talian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 18-10-2021 12:15 PM
pemain kedah yg ala islamik ni i kenai radhi mat din ja... hihihi...
Quote Babai 18-10-2021 12:38 PM
Sama la juga.
Quote axl_bach 18-10-2021 12:50 PM
Azmeer nih antara player bola yg bagus, tp bila bab minta sumbangan nih sejak kes Ebit Liew aku mmg skeptikal dah dengan mana2 pihak sekalipun....hmmmmmm
Quote slyfynx 18-10-2021 02:01 PM
Aku semenjak PKP ni, mmg aku sgt2 skeptikal dengan orang2 yang kutip sumbangan ni.
Maaf ye
Quote abangbikerz 18-10-2021 02:07 PM
manusia is manusia. sangat susah la nak jumpa manusia yg xmenunggang apa2 lagi2 dizaman serba serbi duit ni
Quote chinta89 18-10-2021 02:31 PM
maaf x berapa faham kenapa kata dia penunggang. sb minta derma ke. ptg2 ni mcm lmbt plk faham baca artikel porem yg kecik cinonet tulisannya. dh la x friendly porem baru ni.
Quote monreyes 18-10-2021 02:45 PM
slyfynx replied at 18-10-2021 02:01 PM
Aku semenjak PKP ni, mmg aku sgt2 skeptikal dengan orang2 yang kutip sumbangan ni.
Maaf ye

same here....sapa2 yg datang blajar pas tu sedeqah, that is fine...
nothing is free in this world..

Quote 234126 18-10-2021 11:36 PM
saja nak share. iklan mengaji online. Kata bayar ikut ikhlas hati, mereka ikhlas nak bantu islam ramai membace Quran. Tapi bila iol private DM, bagi pakej sesiap 300 sebulan. Ada yang bayar 400-500 sebulan katanya. iol tak berkira tapi rengsa dengan ayat tipu bayar ikut ikhlas hati. Baik ngaji je kat masjid  puas hati masuk tabung berapa pun tiap hari. kalau duit tu pun kena songlap lantak la depa menjawap sok yg penting iol yang betul ikhlas kohkohkoh
Quote annehuda 19-10-2021 12:30 AM
234126 replied at 18-10-2021 11:36 PM
saja nak share. iklan mengaji online. Kata bayar ikut ikhlas hati, mereka ikhlas nak bantu islam ram ...

Mmg patutla kene cop penunggang agama. Baik ko promote je kelas baca al-quran yuran sekian-sekian
Quote keane.somewhere 19-10-2021 01:11 AM
Yang pasti dia bukan Malaikat atau Tuhan yang maksom
Quote cupu 19-10-2021 01:42 AM
aku kenal azmeer ni dlm group fb tukang apa hari ni...sblm xtau pun dia player...rs mcm xde minta apa pun..so far dia bgus..ayat2 xde pun petik hadis bagai..bkn jual apa2 muslim friendly pun.
Quote 234126 19-10-2021 08:39 AM
annehuda replied at 19-10-2021 12:30 AM
Mmg patutla kene cop penunggang agama. Baik ko promote je kelas baca al-quran yuran sekian-sekian

Kheeeeen. Sebulan pastu dia follow up lagi tanya berapa iol mampu nak bagi dia okey. iol kata anak 3 orang nak mengaji ni kalau 100 je sebulan iol bagi ikhlas dan ikut kemampuan mcm dalam iklan okey ke? Dia tak reply dah kohkohkoh.
Quote umbut 19-10-2021 10:28 AM
Hahahaha.. kata seikhlas hati. Terus x layan..
Quote matjerk 19-10-2021 12:57 PM
axl_bach: Azmeer nih antara player bola  ...

Mcm uncle kentang.. minta sumbangan guna akain peribadi.. boleh ke? Kalau tnya kat fb dia... kena kecam
Quote malaysiaku123 19-10-2021 11:21 PM
Ada Dia minta Sumbangan ka?
Yg aku taw dia buka kelas ngaji
Pastu buka barber
Buka jg tapak utk kenduri kawen
Jual jg kayu ka buat siling rumah ke apa tah
Quote Babai 19-10-2021 11:35 PM
234126 replied at 18-10-2021 11:36 PM
saja nak share. iklan mengaji online. Kata bayar ikut ikhlas hati, mereka ikhlas nak bantu islam ram ...

Kenapa caj cekik darah? Kata ikut ikhlas hati.
Quote honeybee1802 20-10-2021 12:01 AM
Soalnya kelas ngaji dia tu kenakan charge ke idak?ada dia minta sumbangan ke idak?
Quote Cik_jantung 20-10-2021 03:00 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:32 PM

.............
Quote Cik_jantung 20-10-2021 03:01 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:32 PM

..........

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049715 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top