CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Isteri Sebab Cemburu Lelaki Selalu Komen Di TikTok

18-10-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2259| Komen: 15

Description: Surabaya: Gara-gara cemburu lelaki sering memberi komen di laman TikTok isterinya, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya dengan memukul belakang kepala menggunakan besi.
Surabaya: Gara-gara cemburu lelaki sering memberi komen di laman TikTok isterinya, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya dengan memukul belakang kepala menggunakan besi.


Ketua Polis Bagor, Tommi Hermanto berkata, hasil siasatan mendapati, suspek menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.


Foto: Agensi

"Mereka kemudiannya bertengkar dan pukul-memukul sesama mereka. Namun, suspek bertindak mengambil besi dan mula memukul belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali hingga mangsa rebah.

"Berikutan itu, suspek melarikan diri menaiki bas menuju ke wilayah Nganjuk.


"Bagaimanapun, ketika sampai di sana, suspek mengubah fikiran dan menyerah diri di balai polis Bagor," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Sementara itu, anak mangsa mendakwa suspek yang juga bapa tirinya pernah beberapa kali menegur ibunya kerana kerap memuat naik kandungan di TikTok.

"Ayah tiri seorang yang pendiam dan tidak pernah memukul. Ayah tiri juga sering mengingatkan ibu supaya tidak bermain TikTok," katanya.

Katanya, ayah tirinya mungkin cemburu kerana laman TikTok ibunya menarik perhatian pengguna lain terutama lelaki.

"Ramai pengguna lelaki di TikTok sering meninggalkan komen di setiap hantaran yang ibu muat naik. Mungkin ayah tiri cemburu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 18-10-2021 10:21 AM
ni semua salah tiktok

i dok mnt la tiktok ni..ada jer acc tiktok..pernah jer buat challenge yg ramai dk up up tu..tp lama2 mcm xkena ngn jiwa jer
Quote midori_katana 18-10-2021 12:12 PM
edayildiz replied at 18-10-2021 10:21 AM
ni semua salah tiktok

i dok mnt la tiktok ni..ada jer acc tiktok..pernah jer buat challenge yg ra ...

i pun pening dgn tik tok.. kertu agaknya.. tapi i suka tgk content DIY dia... padat, ringkas dan pendek gitu...
Quote slyfynx 18-10-2021 02:00 PM
I paling x suke kalau TikTokers bg hacks/tips mcm diorang yang paling tau pasal those things.
Tips keselamatan dalam plane la,
Tips untuk survival la. Sedangkan mende tu just copy TikTok orang lain je.
And rakyat jelata pun percaya la semua hacks tu.

Iols lagi suke tgk YT yang debunks TikTok hacks,
74 gear untuk aviation, How to Cook That....

And.... video today I learned sgt la cringe ye.
Mcm buat2 terkejut untuk mende yang confirm die dah tau.
Quote chinta89 18-10-2021 02:40 PM
iols pun x masuk ngn tiktok ni. x kena dgn jiwa.
Quote edayildiz 18-10-2021 07:29 PM
midori_katana replied at 18-10-2021 12:12 PM
i pun pening dgn tik tok.. kertu agaknya.. tapi i suka tgk content DIY dia... padat, ringkas dan p ...

khenzz..tik tok ni rasanya utk bdk2 blh la kot
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 07:50 PM
Shiiiddddd hanya kerana tiktok
Quote Daftpunk_shine 18-10-2021 11:17 PM
Buat video bergelek2 je manjang..dengan berlatar belakangkan keadaan rumah bersepah2 kt belakang langsung tak peduli
Quote OyaTonggek 19-10-2021 01:04 AM
TT ni mmg hanat! meols ade je acc TT tp mmg x kena ngan jiwa..bnyk yg pepelik! kadang naik menyampah! tp selalunya menyampah!!

Acik kepam, acik boncet, acik peha bagak, ehhh memacam acik la dok terkinja2 joget..background nauzubillah..ngan sluar tergantung kt dindingnye, dgn atap nipah nye (bukan hina ya) likes smpai berjuta! dengan citer rumahtangga aibnya..laki tangkap bini masuk TT..apeke ce-la-kerr sgt otak..alahhh mabiknye demi secebis content utk kelangsungan idop..depa dpt duit ke yg beriya naww buat content cap bangang tu ye? kalau yg melayu, yg pompuan semua laaa puteh2 belaka kulit mengalahkan mayat..pakai plak filter..muka pecahhh pun jadi herlokkk...Montahhh meols! trus delete acc meols. mampos situ
Quote stingersoup 19-10-2021 07:00 AM
edayildiz replied at 18-10-2021 07:29 PM
khenzz..tik tok ni rasanya utk bdk2 blh la kot

Usia aja tua tapi peel masih kanak kanak ribena macam kau(contoh), why not?

Kahkahkahkah
Quote edayildiz 19-10-2021 08:17 AM
stingersoup replied at 19-10-2021 07:00 AM
Usia aja tua tapi peel masih kanak kanak ribena macam kau(contoh), why not?

Kahkahkahkah

euww
bila nk kiok nick soup ni...
Quote matjerk 19-10-2021 01:09 PM
So apa akaun tiktok arwah? Nak kaji.
Quote Zeatyisaac 19-10-2021 05:57 PM
Bagus anak tiri dia. Tak salahkan bapa tiri yang membunuh ibunya. Semuanya kerana ibunya yang suka bertik tok.
Quote lolipopi 19-10-2021 06:08 PM
Takde keinginan nak ada akaun tiktok tgk org joget ntah hapa2 sudah cukup meloyakan tekak.. Dah pesan kat anak jgn nk ngada2 ada akaun tiktok
Quote Supersirap 19-10-2021 06:44 PM
Akal pendek main terjah sahaja, ini salah satu masalah mental
Quote KamikuP 20-10-2021 04:50 PM
Meolls takde akaun tik tok ni perlu ker?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.330527 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top