Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan, rakyat tanpa warganegara Malaysia sebenarnya wujud di hampir setiap negeri di negara ini.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mendapati perkara tersebut selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi meminta satu keputusan yang jelas bagi menangani isu masyarakat rakyat tanpa warganegara pada 22 September yang lalu. “Rentetan dari kejadian itu, sepanjang tempoh bulan September sehingga kini MHO dihujani pertanyaan dan aduan mengenai nasib golongan ini yang kami sangka hanya berlaku di Sabah, tapi ia juga berlaku di hampir setiap negeri di Semenanjung. “Jelas pada pandangan kami bahawa ini merupakan bukti jelas isu stateless ini sudah merupakan masalah yang getir jika tidak ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, MHO amat bersimpati dengan golongan ini yang mana rata-rata mengadu bagaimanakah nasib anak mereka di dalam negara ini kelak, malah ada yang suaminya warganegara Malaysia tetapi tidak dapat mendaftarkan perkhawinan mereka hanya disebakan status isteri tanpa warganegara. Pada masa sama, Hishamuddin berkata, MHO mengambil pendekatan kemanusiaan dan bukan atas dasar kepentingan politik namun tidak mengabaikan kepentingan terhadap isu keselamatan dan kedaulatan negara. “MHO tidak sesekali bersetuju dengan sebarang isu berkait elemen yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun kami lebih ingin menjelaskan bahawa MHO sentiasa mendukung dan memperjuangkan hak kemanusiaan terutama golongan ini mengikut garis dan batas perlembangaan negara kita. “Mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah sebahagian daripada kita yang telah lahir dan membesar di sini dan MHO percaya bagi mereka Malaysia adalah rumah mereka yang sebenar. “Namun, sebagai manusia, banyak isu berkaitan keperluan dan hak asasi mereka terpaksa dinafikan akibat status mereka yang pastinya juga bukan kehendak mereka untuk dilahirkan sebagai stateless di negara ini,” katanya. Katanya, banyak implikasi terhadap kehidupan seorang rakyat tanpa warganegara iaitu kesukaran untuk mendapatkan akses sistem pendidikan, kesihatan dan lebih buruk sering terdedah kepada menjadi mangsa pemerdagangan manusia seperti tidak menerima gaji yang setimpal. “Tambahan pula mereka tidak boleh membuka akaun di bank bagi tujuan simpanan. Akhirnya golongan ini akan mudah terlibat dengan kegiatan tidak sihat dan menjadi barah dalam masyarakat. “Sifat dendam atau marah terhadap masyakat dan kerajaan yang tidak menerima dan membela nasib mereka merupakan salah satu punca mereka sering terjebak dengan masalah sosial,” katanya. Sehubungan itu, Hishamuddin berkata pihaknya akan sentiasa membantu semua golongan itu terutama dari sudut nasihat perundangan yang mana merupakan perkhidmatan utama MHO. “Dalam masa yang sama juga kami menyeru semua pengamal undang/undang atau firma guaman yang ingin bersama kami dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan yang melibatkan masyarakat stateless dengan menjadi Panel Peguam MHO. “Begitu juga MHO mengajak masyarakat sivil, persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekerjasama dengan kami dalam mencari solusi secara holistik mengenai masyarakat tanpa warganegara ini,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
“Mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah sebahagian daripada kita yang telah lahir dan membesar di sini dan MHO percaya bagi mereka Malaysia adalah rumah mereka yang sebenar.
tungkai replied at 15-10-2021 02:32 PM
Please laaa....masuk haram, beranak pinak kat sini tiba2 sebahagian dari kita...???
ifanonline replied at 15-10-2021 02:46 PM
jgn buat kesilapan memberi kewarganegaraan kpd golongan ini...kesilapan yg di buat oleh bapa kemerde ...
Decaffeinated replied at 15-10-2021 04:41 PM
ada rakyat cina yang pandai berniaga was the best thing that ever happen to this country
tak nak ...
ifanonline replied at 15-10-2021 05:13 PM
disebabkan kemasukan cina la melayu hilang singapura
manzilla replied at 15-10-2021 02:40 PM
Apa salahnya. Orang tolak vaksin yang lahir di sini, beribubapakan orang sini, ada surat beranak, ...
ADVERTISEMENT