Restoran milik chef selebriti Salt Bae yang baru dibuka di London dilaporkan ‘cekik darah’ apabila harga makanannya tidak masuk akal.
Mana tidaknya, semangkuk salad dijual pada harga 23 pound (RM131), satu hidangan jagung manis berharga 12 pound (RM68) dan satu tin air Coca-Cola, 9 pound (RM58). Namun, kisah seorang pelanggan yang perlu membayar bil berjumlah 37,000 pound (RM210,899) ketika di makan restoran berkenaan menarik perhatian ramai. Berdasarkan resit pembayaran yang dimuat naik dalam media sosial, antara menu yang ditempah pelanggan itu termasuk stik ‘golden tomahawk‘ berharga 850 pound (RM4,841), 16 ketul baklava berharga 400 pound (RM2,279) dan tiga pinggan kentang goreng berharga 30 pound (RM171).
Selain itu, pelanggan berkenaan juga menempah sejumlah hidangan sayuran bernilai 12 hingga 18 pound (RM68 hingga RM102) termasuk cendawan dan brokoli. Selebihnya, pelanggan tersebut membelanjakan duitnya untuk membeli minuman beralkohol berjumlah 30,620 pound (RM174,474). Biarpun ramai menyifatkan hidangan di restoran itu sedap, namun masih tidak berbaloi dengan harganya yang terlalu mahal. Namun, ada juga yang berpandangan sebaliknya, malah restoran itu didakwa memadam semua komen negatif yang dimaklumkan pelanggan mengenai kualiti dan rasa hidangan yang disediakan. Harga tidak masuk akal itu secara tidak langsung menjadikan restoran Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokce Erzurum menjadi popular dalam kalangan rakyat Britain. Sumber: Utusan |
Mooverine replied at 15-10-2021 01:10 PM
Iqbal ex Dato Vida.. sila lah makan sini.. cakap kaya kan...
azie5zoe replied at 15-10-2021 02:14 PM
Makan nasi panas, ikan masin, sambal belacan ulam petai lagi berbaloi, lagi2 iols ni spesis nak nasi ...
Firenzza replied at 14-10-2021 10:13 PM
Tomahawk vs wagyu mna lbh sedap?
ADVERTISEMENT