CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Hantu Ke Lima Perli Sikap Golongan Influencer, Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Content

15-10-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5739| Komen: 27

Isu hangat yang sering berlaku membabitkan pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ apabila sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar kandungan tular, diterjemahkan dalam sebuah filem komedi seram baharu.


Filem berjudul Hantu Ke Lima berkenaan memaparkan kisah golongan tersebut yang mengejar isu popular untuk mencipta kandungan demi meraih jumlah tontonan dalam media sosial.

Hantu Ke Lima menampilkan gandingan pelakon popular seperti Raysha Rizrose, Aisar Khaled, Izzue Islam, Shiha Zikir, Elly Mazlein, Pencetus Ummah (PU) Azman, Adibah Noor, Danish Danieal dan Azman Ahmad.

Foto: Kosmo

Filem terbitan AT Movies tersebut menjadi naskhah Melayu pertama diterbitkan syarikat berkenaan yang sebelum ini hanya menumpukan perhatian dalam penghasilan karya Tamil tempatan antaranya Athaiyum Thaandi dan Azhaggiye Thee.


Menariknya tentang Hantu Ke Lima, jalan ceritanya bukan sahaja padat dengan unsur komedi yang mengundang gelak tawa penonton, tetapi watak-watak yang ditampilkan juga berbeza dan menghiburkan.

Antaranya watak Oya lakonan Shiha Zikir yang merupakan seorang gadis yang penakut dan kalut.

Kam pula lakonan Elly Mazlein sering mempunyai idea menyeramkan, sementara Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) merupakan anak tunggal yang kesunyian dan menyamar menjadi hantu.

Hantu Ke Lima menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut penerbit dan wakil ATHY Movies, Datuk Athy, filem berkenaan dihasilkan bagi memenuhi kehendak penonton yang sering menjadikan genre komedi dan seram sebagai pilihan utama.

“Saya berasa sangat teruja kerana filem terbitan produksi AT Movies sudah menemui penonton. Dalam pada itu, saya juga rasa gementar dengan reaksi penonton.

“Ini merupakan kali pertama produksi kami menghasilkan filem Melayu. Penggambaran berjalan sejurus tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Walaupun dilakukan dalam norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat, tapi semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, Astro First mempertaruhkan bakat-bakat muda sebagai bintang utama dalam naskhah yang menemui penonton sejak 7 Oktober lalu.

“Selain jalan cerita yang padat dengan unsur komedi, kami yakin gandingan pertama kali barisan pelakon itu mampu menarik penonton.

“Tambahan pula, dengan kemunculan Elly Mazlein yang dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom pasti mengubati rindu penonton.

“Pada masa sama, kami berharap platform Astro First mampu dilihat sebagai salah satu ruang yang bukan hanya mengangkat bakat kreatif seperti pengarah filem, penulis skrip tetapi bagi penerbit bagi mencuba sesuatu di luar kebiasaan,” katanya.

Filem Hantu Ke Lima yang mendapat sentuhan pengarah Azhari Zain mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri yang mencari perlindungan setelah dianiaya ibu tirinya, Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai, kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dijaga oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya Kam (Elly menyimpan 1001 misteri. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 15-10-2021 01:41 PM
Genre seram komedi pilihan utama penonton?  Ko buat research dr mane deknon oiii???

Ak rase zaman skg org komplen movie melayu ade lah.. Sbb dh rupe sampah. Sitcom pi mai pi mai tang tu lg patut org layan dr citer syok sendiri cm si syamaul yusof dan razak mohiden.
Quote pxlbb 15-10-2021 07:31 PM
Anyone boleh bagi review skala menguap tahap berapa ni? Kosser nak spend masa tengok sampah. Barisan pelakon pun sedih.
Quote slyfynx 15-10-2021 08:46 PM
Ironi, nk buat parody, yang berlakon "influencer" yang sampah tu jgk.

And sejak bile komedi seram pilihan penonton?
Ko igt ni tahun 2015 ke?
Quote Cik_jantung 15-10-2021 09:01 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 11:34 AM

..........
Quote eely_shana 16-10-2021 10:56 AM
seram komedi ye
Quote dudaberhias 16-10-2021 05:56 PM
Mulotkoyak replied at 15-10-2021 01:41 PM
Genre seram komedi pilihan utama penonton?  Ko buat research dr mane deknon oiii???

Ak rase zaman  ...

mungkin dia tengok pada sukses hantu kak limah kot kaka choiii!tengok la rhoperr poster.. kalau rhoper gini alamatnya kirim salam la orang nak tengok...
Quote kon2 17-10-2021 12:35 AM
apakah ini...rosak otak tgk film cmni
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 12:12 PM
Iol nasihatkan
Continue jelaaa buat filem2 tamil
Nampak sangat sampah sarapnyaaa filem ni

Quote chinta89 17-10-2021 02:17 PM
takde cter yg lbh fresh ke? btw x suka raysha rizrose, blakon mimik muka sepesen je...
Quote _blackbird 17-10-2021 02:57 PM
Cik_jantung replied at 15-10-2021 09:01 PM
Bilalah negara kita nak ada filem berkualiti. Buatla filem tentang true story ker .. skrip tu membin ...

true story / documentary lagi le tak sesuai dengan negara conservative mcm kita ni. kalau tak dipuji melambung atau tokok tambah sikit utk fit to narrative story kasi storyline mantap sikit nnt ada sajo yg waris, netizen, org ramai yg offended, fitnah, buka aib dan lain2 lagi
Quote nubook 17-10-2021 03:07 PM
chinta89 replied at 17-10-2021 02:17 PM
takde cter yg lbh fresh ke? btw x suka raysha rizrose, blakon mimik muka sepesen je...

Kan. Amat boring ye tgk dia berlakon. Tak feel langsung asyik buat muka kerut dia tu je hmm
Quote NekNgah 18-10-2021 03:50 PM
Kepada yang dah tonton, honest review please...
Quote che-cikL 19-10-2021 08:53 AM
Azhari Zain tu lecturer UiTM kan? Tak malu ke level gini aje products dia?
Quote LadyCarefree 11-12-2021 09:36 PM
Cik_jantung replied at 15-10-2021 08:01 PM
Bilalah negara kita nak ada filem berkualiti. Buatla filem tentang true story ker .. skrip tu membin ...

Berkualiti mcm filem si yoi parok tu ke?
Quote LadyCarefree 11-12-2021 09:38 PM
iols stalk IG si lina mazlein. Apo segala produk dia promote. LOLLLL
Quote Kurex 11-12-2021 09:42 PM
Takde rasa sekelumit zarah dalam hati ni nak tengok cerita takde standard ni
Quote Kurex 11-12-2021 09:43 PM
LadyCarefree replied at 11-12-2021 09:38 PM
iols stalk IG si lina mazlein. Apo segala produk dia promote. LOLLLL

Lina mazlien ni sape pulak mahayam?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062095 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top