Texas: Sungguh tragik, seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat bukan saja diperkosa, malah dicekik sampai mati sebelum mayatnya dihumban ke dalam timbunan sampah.
Remaja itu, Rosa Isabel MC, 13, terbunuh di bandar Ciudad Juárez, selatan El Paso, Texas, bulan lalu. Rosa dipercayai diperkosa dan dibunuh tiga rakannya sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan berbungkus dengan cadar serta plastik di sebuah lot kosong pada 30 September lalu. Punca kematian remaja itu akibat lemas, lapor sebuah agensi berita Mexico, Debate.
Susulan itu, tiga remaja bawah umur ditahan. El Diario melaporkan tiga remaja itu mengakumembunuh, melakukan serangan seksual serta mencekik Rosa yang lebih dikenali dalam kalangan rakan sebagai Rosita. Mereka dihadapkan di depan hakim Mariano Moctezuma Castillo, atas pertuduhan membunuh dan rogol, menurut Mahkamah Tinggi Chihuahua. Mereka ditahan reman sehingga menunggu tarikh perbicaraan. Dalam pada itu, kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menuntut keadilan buat Rosita. Selepas mayatnya ditemui, keluarga dan rakan berkumpul di gereja Santa María de la Montaña untuk upacara pengebumiannya. Jasadnya turut dibawa ke sekolahnya untuk penghormatan terakhir. Pengarah sekolah, Antonio Coronel Sosa juga menasihati ibu bapa supaya sentiasa menjaga keselamatan anak mereka. "Kepada ibu bapa, bantulah kami untuk menjaga anak-anak anda sebaik mungkin, ini perjuangan sukar dan tidak seimbang," katanya dalam portal The Sun. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT