Oleh Adib Za Pelakon Vanidah Imran dilaporkan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya terbakar berhampiran plaza tol Sungai Besi.
Vanidah yang memandu sendiri kenderaannya hanya menyedari enjin keretanya berasap selepas diberitahu oleh pemandu lain. Kereta jenis Mini Cooper itu kemudian terbakar hampir keseluruhannya, namun Vanidah dilaporkan selamat, tetapi masih dalam keadaan trauma. Menurut laporan Mstar online, Vanidah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalani penggambaran drama di Serdang. Suaminya yang dihubungi portal berkenaan berkata, "Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.
"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya. Pasangan suami isteri ini berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan menangani insiden tersebut dan memastikan Vanidah selamat. Kenderaan tersebut merupakan hadiah kemenangan pasangan tersebut sempena menjuarai pertandingan Sehati Berdansa pada tahun 2007. - CARI Infonet |
10
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
24
Sedih |
17
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 18-6-2015 02:34 AM
Kemalangan then terbakar kah...atau tgh syok2 drive terbakar..
toxicated replied at 18-6-2015 02:49 AM
Mini cooper ni menang berdansa kan ke mmg dh pakai ni.hrp semua ok.kete takpe dpt claim total lost..
Kereta yang dipandu Vanidah Imran itu dimenangi ketika beliau dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.
ADVERTISEMENT