Oleh Adib Za Berita baik untuk semua penjawat awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 ke bawah.
Bantuan ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250. Menurut portal Berita Harian, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam. Diharapkan dengan berita ini memberi kelegaan kepada semua penjawat awam agar beban kewangan mereka sempena perayaan ini berkurangan sedikit. Bayaran untuk bantuan ini akan dibuat pada 25 Jun ini. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT