Oleh Adib Za Bila memasuki industri seni, mahu tak mahu skill untuk berpenampilan menarik harus ada pada setiap artis itu tidak mengira lelaki atau wanita.
Mungkin ini yang terjadi pada artis lelaki yang satu ini. Ewal yang merupakan kelahiran Akademi Fantasia, dikatakan tidak kekok untuk menyolek wajahnya sendiri apabila terlibat dengan acara nyanyian atau majlis rasmi. Ini yang dipaparkan melalui portal Murai, yang pelantun lagu Kembalikan Semula ini sangat sinonim dengan penggunaan bedak kompak dan juga mekap. Dia juga dikatakan seorang yang metroseksual yang peka dengan fesyen terkini, selain gemar mengemas rumah serta bijak menghias kediamannya.
Seperti biasa, info yang dipaparkan, terutamanya berkenaan bedak kompak dan mekap itu mula menjadi buah mulut di kalangan netizen. Pelbagai reaksi positif mahu pun sebaliknya. Walau apapun, rasanya tak salah seorang lelaki itu pandai bermain dengan bedak kompak apatah lagi jika dia sering muncul di khalayak. Jika tidak berbedak nanti dikatakan comot pula kan? - CARI Infonet
|
8
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seri_mawr replied at 16-6-2015 02:31 PM
Ewal...?
tak kenal pun......walaupun dia jore AF...
mesmerize replied at 16-6-2015 02:33 PM
dia bukan juara la deknon.. dia nombor 3 ke 4 entah ai lupa
Kalau anda nak tahu, Ewal pandai menyanyi 16 bahasa iaitu Bahasa Itali, Sepanyol, Mexico, Latin, Korea, Jepun, Hindi dan lain-lain.
ADVERTISEMENT