Oleh Adib Za Tahukah anda menggunakan telefon bimbit sambil berjalan itu satu perbuatan yang berbahaya?
Ia boleh menyebabkan berlakunya perlanggaran dan kerugian akibat kerosakan telefon yang terjatuh mahupun pecah. Peka dengan situasi ini, sebuah syarikat telefon pintar di Belgium, MLAB hadir dengan rekaan sebuah laluan khas untuk pejalan kaki yang menggunakan telefon! Ya, ia sesuai untuk mereka yang sibuk dengan telefon bimbit sepanjang masa atau "kaki telefon". Memetik laporan di Metro UK, laluan tersebut diwujudkan untuk mengurangkan pelanggaran dan kerosakan telefon bimbit ketika berjalan sambil menggunakan alat telekomunikasi berkenaan.
Laluan khas tersebut dicat berwarna putih dan terpapar 'text walking lane' menunjukkan ia merupakan zon khas. Nampaknya ia merupakan idea yang boleh diterapkan di negara ini terutamanya di kawasan yang sibuk. Apa pun gunakanlah telefon bimbit pada waktu yang sesuai, dan bukannya bergayur sepanjang masa ya. -CARI Infonet
|
11
Bagus |
20
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
20
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
crazecousa replied at 16-6-2015 01:06 PM
abeh kalau text walking line tu muat utk sorg je.. org dari arah bertentangan pn sama jugak berlangg ...
ADVERTISEMENT