Oleh : TS Loo
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penggubalan kurikulum dan kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah untuk sekolah rendah atau sekolah menengah tidak pernah mengabaikan sejarah mana-mana negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Sebaliknya penulisan dan pendidikan sejarah adalah berasaskan kepada kaca mata, aspirasi dan pandangan masyarakat negara ini secara umum yang telah diiktiraf, tegas beliau. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, panel tersebut yang bertanggungjawab menggubal buku teks itu telah mengambil kira ketetapan dan asas-asas pertimbangan untuk menentukan kandungan buku teks yang dikeluarkan. Bagaimanapun, katanya keterbatasan tetap berlaku yang tidak semua bahan sejarah negara ini dapat dimasukkan sebagai kandungan dalam buku teks itu.
Gambar oleh pergh.com Kementerian sentiasa melakukan kajian dan penilaian semula kandungan buku teks mata pelajaran itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ia sesuai untuk masa-masa akan datang, tambahnya. Isu kandungan buku teks tersebut dibangkitkan oleh Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika mencelah penggulungan Muhyiddin. Jelas Muhyiddin, pihaknya juga akan menyiasat dakwaan mengatakan nama Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang tertera dalam buku teks Sejarah sebagai 'orang yang dirujuk' tanpa pengetahuannya dan pakar sejarah itu didakwa tidak pernah dirujuk untuk penggubalan buku teks itu. - CARI Infonet |
13
Bagus |
27
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 10-6-2015 05:44 PM
Sejarah penubuhan malaysia pun samar2... Nak nampak Malaya yg unggul. Patutla penduduk borneo bisin ...
ADVERTISEMENT