Oleh: CMFreporter2 "Macam mana ni, suami saya merajuk lagilah kak! Pening saya dibuatnya..," ujar Siti kepada kakaknya.
"Lelaki ini pun ada perasaan sensitif, nak dibelai, dijaga dan dimanjakan..Jangan sesekali kecilkan hatinya, berdosa!," nasihat kak Bee kepada adiknya. Itu merupakan salah satu dialog yang terjadi bila pasangan suami isteri bergaduh, dan teka siapa yang akan merajuk? Isteri? SALAH! Suami masa ini sudah pandai terasa hati, cepat sensitif dan cemburu bila isterinya dirasakan tak pandai menjaga hati dan mula mengabaikannya. Tambah-tambah lagi jika isterinya mempunyai jawatan yang lebih besar dari segi kerjaya, atau datang dari keluarga yang kaya. Tunggu dulu, jangan fikirkan yang bukan-bukan pula tentang suami anda. Ada pula yang mula ingat suaminya ini "Encik Sotong" kah? Iyalah, sikit-sikit merajuk mengalahkan perempuan!
(Sumber foto: Cosmopolitan UK) Sebagai isteri, jom lihat tip-tip ini untuk menawan dan memujuk semula suami anda! 1. Berikan sedikit ruang kepada suami apabila dia pulang ke rumah. Mungkin dia mengalami tekanan di tempat kerja, dimarahi bos dan sebagainya. Biarkan dia reda barulah dengar apa katanya. 2. Tiada suami yang suka apabila pelawaan hubungan intim ditolak. Anda boleh mencuba 'cara' yang lain untuk bersama jika ketika itu anda tidak bersedia. 3. Bila suami keletihan, pekalah dengan keadaannya. Janganlah ketika ini anda meminta yang bukan-bukan, mengajaknya keluar dan sebagainya. Biarkan sebentar, bila dia dah okay, boleh teruskan 'plan' anda. 3. Anda pura-puralah tak perasan yang si dia sedang merajuk. Teruskan berbuat 'baik' seperti mengelap peluhnya, memicit bahunya dan macam-macam lagi. 4. Dia cepat cemburu? Anda lihat kembali apakah perbuatan yang membuatkan si dia cemburu. Atau ajaklah berbincang dengan baik. Jangan pula anda 'gatal' nak bercerita tentang bekas kekasih anda depan si dia. 5. Buatlah 'surpise' seperti menyediakan makanan kegemarannya, membelikan barangan kegemarannya dan pelbagai lagi. Jangan cepat putus asa atau anda sekali turut meroyan bila suami merajuk. Merajuk itu kan comel? - CARI Infonet |
23
Bagus |
18
Marah |
37
Terkejut |
27
Sedih |
30
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT