Bagi yang mempunyai tatu dan terasa ingin menukar tatu anda, pastinya anda akan berfikir dua kali kerana anda harus melalui proses yang sama seperti mencacah tatu kali pertama. Bahkan proses membuang tatu kali kedua meninggalkan kesan parut yang lama untuk sembuh Teknik baru yang menggunakan laser ini dikenali sebagai Q-Switched Nd: Yag yang menggantikan laser konvensional kepada lebih teknologi. Menggunakan konsep photo acoustic, cahaya laser akan mengenalpasti tatu dengan kehadiran pigmen yang tinggi pada kulit. Teknik baru ini akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit. Walaupun kaedah ini tidaklah bebas daripada sebarang kesakitan namun ia dengan coolant dan ubat kebas, pelanggan tetap selesa tanpa perlu memikirkan kesan yang tinggal.
Selain daripada tatu, kaedah baru ini juga dapat membuang tanda lahir dan segala jenis pigmentasi.Semua tahu, pemakaian 'makeup' juga menyebabkan pigmentasi kulit. Selain itu, laser ini juga dapat meningkatkan kandungan kolegen didalam kulit yang membuatkan kulit menjadi lebih muda. -LadyLista. |
ADVERTISEMENT