Selain berusaha keras ketika sesi latihan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Rabu turut tidak terlepas mengadakan solat hajat menjelang aksi final menentang Lions XII Sabtu ini.
Solat hajat yang bertempat di surau Ar-Rahman kampung Baung Hilir itu dianjurkan naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail.
Sebilangan besar pemain, jurulatih dan pegawai pasukan Kelantan hadir serta tidak ketinggalan penyokong The Red Warriors.
Solat hajat yang diadakan selepas solat isyak itu bertujuan memohon keberkatan dan kejayaan Kelantan di pentas final Piala FA menentang Lions XII, 23 Mei ini.
Dalam pada itu, persiapan penyokong The Red Warriors ke Stadium Nasional Bukit Jalil berjalan lancar.
Dijangka, 50 buah bas disediakan khas buat penyokong pasukan itu.
sumber:www.stadiumastro.com
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|