Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, guru Kafa muda yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung tindakannya menceroboh sidang DUN Selangor untuk menuntut kenaikan elaun,
akhirnya dipecat.
Ekhsan, 24, mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu status di laman Twitter. "Saya akan akhiri amanah di sekolah dengan bersemangat. Kenyataan khusus berkenaan surat pemecatan saya akan menyusul. Bukan berhenti bila jatuh tapi bangkit!," tulisnya. Memetik laporan Malaysiakini, Ekhsan memaklumkan surat pemecatan itu telah diterimanya semalam, dan pemecatannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun ini. Sehubungan itu kata Ekhsan, beliau akan mengadakan satu sidang akhbar di Pintu Pagar Utama Bangunan SUK Negeri Selangor, pada jam 11 pagi esok, khusus mengulas mengenai pemecatan itu. Ekhsan sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila bertindak menceroboh sidang DUN Selangor demi menuntut kerajaan negeri menunaikan janji untuk menaikkan elaun guru Kafa dari RM 1,300 kepada RM 1,500 seperti yang terkandung dalam manifesto. Berikutan itu, beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menjelaskan tindakannya itu.
Sumber : www.siakapkeli.my |
kemaruk replied at 22-5-2015 04:17 PM
JAHATNYA UMNO!!!!!!!!!!!!!!
brown_pupil replied at 22-5-2015 04:26 PM
apa kena mengena plak umno dlm citer eh.. patut di tanya kat KAFA / JAIS.. atas sebab apa cikgu ni d ...
kintan replied at 22-5-2015 04:34 PM
kesian tgok org2 melayu sekarang makin di tindas.. semakin hari semakin parah hak2 melayu di ambil a ...
hzln replied at 22-5-2015 04:46 PM
dgr kabar dah ada senarai cina dap yg bakal dilantik jadi cikgu kafa utk ganti mamat yg kena pecat ...
kintan replied at 22-5-2015 04:34 PM
kesian tgok org2 melayu sekarang makin di tindas.. semakin hari semakin parah hak2 melayu di ambil a ...
ADVERTISEMENT