CMF Reporter 1 Article Diterbitkan : 22 Mei 2015 Memang tidak dinafikan Bruce Lee, seorang legenda kung fu yang dikenali semua orang.
'Game of Death' merupakan filem terakhir Bruce Lee sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1973. Difahamkan ketika itu, penggambaran filem tersebut masih belum disiapkan lagi. Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, tapi kehebatannya dalam bidang kung fu tetap dalam ingatan kita. Oleh itu kebelakangan ini kita dapat melihat pelbagai jenis gaya 'Bruce Lee' yang cuba ditiru oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Ryusei, seorang budak Jepun yang berumur 5 tahun telah digelar sebagai Mahaguru Kung Fu berikutan hebat meniru gaya Bruce Lee bermain Nunchakus.
Ryusei sangat suka memakai baju lengan panjang berwarna kuning hitam yang menjadi baju 'trandemark' buat Bruce Lee. Budak lain yang berusia 5 tahun mungkin sedang belajar berbasikal, tapi bagi Ryusei yang mempunyai bakat dalam seni kung fu, dia bukan sahaja boleh meniru aksi bermain kung fu meyerupai Bruce Lee, malah dapat menghafal setiap pergerakan aksi yang ditunjukkan. Ayah kepada Ryusei telah memuat-naik video Ryusei meniru Bruce Lee beraksi main Nunchakus ke dalam laman sosial internet, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pada masa yang sama Ryusei telah memulakan persembahan Kung Fu dan juga pernah mempersembahkan kehebatannya berkung fu di rancangan televisyen Korea pada April lalu. Memang ramai yang suka meniru Bruce Lee, mirip ke atau tidak, itu terpulang pada penilaian masing-masing. Tapi ada seorang individu perlu diketahui kerana dia dikenali sebagai 'Afghanistan Bruce Lee'. Dia seorang pemuda Afghanistan berumur 20 tahun yang selama ini dibesarkan dalam situasi peperangan. Abbas Alizada berjaya menarik perhatian setelah memuat-naik gambarnya yang mirip Bruce Lee dalam internet. Abbas berasal dari sebuah keluarga miskin, ayahnya mengalami strok dan langsung tidak berupaya menanggung pelajaran buat Abbas apa tak lagi belajar seni kung fu. Akan tetapi keadan ini tidak membuat Abbas putus asa sebaliknya menguatkan lagi semangatnya untuk belajar sendiri seni kung fu. Ketika dia ditemubual wartawan BBC, dia berkata dia berhajat menjadi Juara Kebangsaan dan artis Hollywood. Walaupun dia sedih atas kemusnahan kampung halamannya akibat peperangan, tapi keadaan tersebut juga merangsangnya untuk menjadi lebih kuat. Bagi Abbas Alizada, Bruce Lee adalah seorang contoh masyarakat dan dia tidak boleh ditiru. Bagaimana pun, kegigihan Bruce Lee akan dijadikan teladan sehingga ke akhir hayatnya, tegas Abbas. |
17
Bagus |
17
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT