CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Xiaomi Mi4i Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM749

22-5-2015 03:34 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10727| Komen: 58

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi4i. Ia membawakan rekaan unibody berasaskan kepada polikarbonat, dan membawakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada peranti flagship Xiaomi.

Xiaomi Mi4i membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman luas, selain bateri berkapasiti 3120mAh. Xiaomi mengatakan ia antara peranti yang menyertakan bateri berkapasiti sebesar itu pada peranti bersaiz 5-inci.

Xiaomi juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-dua SIM boleh menggunakan rangkaian 4G. Xiaomi tidak menyertakan sokongan kad-SD, membuatkan pengguna terikat dengan storan sebesar 16GB sahaja.







Untuk perisian, ia menggunakan MIUI 6 berasaskan kepada Android 5.0, dimana melaluinya ia menyertakan pelbagai fungsi menarik, termasuk sokongan tema, dan beberapa penambah-baikkan pada kamera – termasuk mod HDR.

Di Malaysia, Xiaomi akan menjualnya pada harga RM749, dan ia akan ditawarkan bermula 28 Mei melalui laman Mi.com. Xiaomi turut mengatakan mereka akan menawarkan peranti ini dengan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan pada bulan Jun ini.





10

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arrowtotheknee 21-5-2015 01:31 PM
Bagus ke Xiaomi ni? Share review sikit.
Quote al-asil 21-5-2015 01:37 PM
lambat sangat Mi4i ni keluar, aku baru je beli meizu M1 note
Quote kecimpret 21-5-2015 02:54 PM
al-asil replied at 21-5-2015 01:37 PM
lambat sangat Mi4i ni keluar, aku baru je beli meizu M1 note

mi3 ko dah jual ke?..aku masih guna lg
Quote ice_sky92 21-5-2015 03:00 PM
No thanks. I stick with my iphone. Nanti kot nak upgrade ke Galaxy S6 or S6 edge or iphone 6.
Quote al-asil 21-5-2015 04:36 PM
Edited by al-asil at 21-5-2015 04:37 PM
kecimpret replied at 21-5-2015 02:54 PM
mi3 ko dah jual ke?..aku masih guna lg

mi3 aku ni ada lagi bro, cuma screen dah retak. so ada alasan kuat la utk beli hempong baru
Quote kucingTomey 21-5-2015 04:43 PM
xiomi mi4i mmg terbaik..saing2 killer flag one plusone.....tapi one plustwo dah kuar dah kat uk...rege duit mesia dalam 2k.....tapi upgrade dari one plusone....mi4 saing2 la....berbaloi beli mi4i ni
Quote qronaldo7 21-5-2015 05:05 PM
Huawei Honor 4X vs Xiaomi Mi4i mana lagi ok?
Quote Loxlaxman 21-5-2015 05:20 PM
Xiomi ni mmg tahan dan berkualiti ..boleh buat senduk nasik member aku kata
Quote cemolot 21-5-2015 07:13 PM
Loxlaxman replied at 21-5-2015 05:20 PM
Xiomi ni mmg tahan dan berkualiti ..boleh buat senduk nasik member aku kata

serius ke berkualiti? ai tengah survey2 hp ni.. asus zenfone 2 dengan mi4i ni mana ok?
Quote tumpanglalu74 21-5-2015 07:17 PM
[youtube]2PWldV-gG3c[/youtube]
Quote kelapaparut 21-5-2015 07:27 PM
Xboleh insert sd card ke..what a waste,jgn beli la model2 x established ni, mmg nmpk lawa tp cap ayam je,bg budak main boleh lah kot
Quote spiderman80 21-5-2015 07:42 PM
kelapaparut replied at 21-5-2015 07:27 PM
Xboleh insert sd card ke..what a waste,jgn beli la model2 x established ni, mmg nmpk lawa tp cap aya ...

Cap ayam ko kata?
Sekarang dorang merupakan vendor smartphone ketiga terbesar di dunia selepas Apple dan Samsung mengalahkan Lenovo dan Huawei yang keluar lebih awal.
Quote atira 21-5-2015 07:48 PM
redmi note 2  aku masih utuh
Quote susano 21-5-2015 07:57 PM
aduuh...awat takleh buh sd card.... kensell..
Quote spiderman80 21-5-2015 07:58 PM
cemolot replied at 21-5-2015 07:13 PM
serius ke berkualiti? ai tengah survey2 hp ni.. asus zenfone 2 dengan mi4i ni mana ok?

Sis, Spidey tak gunakan kedua-dua model tu tapi cuma guna Xiaomi Note 4G. Sebelum beli, Spidey ada rasa sangsi produk Made In China jugak tetapi beli jugak sebab semakin ramai orang berikan tumpuan pada smartphone China kebelakangan ini.
Selama 3 bulan gunakan model Note 4G, Spidey cukup berpuas hati dengan harga yang dibayar ( tak sampai RM600 pun) , rasa berbaloi jugaklah.
Dari segi kualiti, boleh dikatakan masih ada ruangan untuk dibaiki lagi, tapi dah pasti jauh lebih baik dari jenama-jenama ciplak cap ayam keluaran China yang pernah menjadi fenomena dunia satu masa dulu.

Berbalik pada pertanyaan sis, Spidey tak ada pendapat sebab Spidey kurang arif dalam bab specs smartphones. Sis cuba kajiselidik dulu sebelum membuat keputusan.
Quote edee_91 21-5-2015 08:03 PM
kelapaparut replied at 21-5-2015 07:27 PM
Xboleh insert sd card ke..what a waste,jgn beli la model2 x established ni, mmg nmpk lawa tp cap aya ...

Kalau hanya sebab tak support kapasiti space yang lagi besar je ko dah kata cap ayam, memang boleh ditongsampahkan je la review ko ni.
Quote cemolot 21-5-2015 08:16 PM
spiderman80 replied at 21-5-2015 07:58 PM
Sis, Spidey tak gunakan kedua-dua model tu tapi cuma guna Xiaomi Note 4G. Sebelum beli, Spidey ada ...

tq spidey..ai sekarang guna smartphone china tapi very the pprt one.. too many lacks..model yang spidey guna tu apa nama dia? xiaomi note 4 ke?

lagi satu.. puan botak pandai guna smartphone tak?
Quote spiderman80 21-5-2015 08:30 PM
cemolot replied at 21-5-2015 08:16 PM
tq spidey..ai sekarang guna smartphone china tapi very the pprt one.. too many lacks..model yang s ...

Kalau tak silap smartphone yang Spidey guna sekarang ialah Xiaomi Note 4G (tak berapa ingat model tu).

Puan Botakchinpeng masih setia dengan Samsung Note 2 yang Spidey hadiahkan beliau dua tahun lepas sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10.
Quote kelapaparut 21-5-2015 08:31 PM
edee_91 replied at 21-5-2015 08:03 PM
Kalau hanya sebab tak support kapasiti space yang lagi besar je ko dah kata cap ayam, memang boleh ...

Mesti ko dah beli xiaomi pastu menyesalkan,pastu bile kite komen sket terus terasa hati, everyone knows cap cine mcm xiaomi mmg produck low class, cepat rosak sbb tu harga murah,logik sgt

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.187029 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top