CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lim Kok Wing DILANTIK "Penyelaras Program Khas" Pulihkan Imej Najib

22-5-2015 10:56 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9908| Komen: 68





Perunding pengiklanan terkenal Tan Sri Lim Kok Wing yang bertanggungjawab terhadap kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai penyelaras kempen awam baharu Datuk Seri Najib Razak dalam menepis serangan pelbagai pihak bagi memenangi hati rakyat serta meningkatkan semula sokongan terhadapnya yang semakin merosot.

Lim sebelum ini pernah menjadi orang penting ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun bekas perdana menteri itu lantang mengkritik pentadbiran Najib pada ketika ini.

Difahamkan Lim, yang dilantik sebagai "penyelaras program khas", sudah menyiapkan rancangan agar Najib pergi ke seluruh negara bagi mengumpulkan sokongan dan mendengar aduan rakyat.               

Lim yang juga pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing akan melaporkan terus kepada pejabat perdana menteri – sudah mempunyai rangkaian penasihat. Lim, 69, yang menubuhkan agensi pengiklanan tempatan pertama Malaysia terlibat dalam kempen pilihan raya selama hampir empat dekad. Beliau juga pernah mengelolakan beberapa program kerajaan seperti kempen anti merokok "Tak Nak" dan mempromosikan Rakan Muda serta program Satu Hati, Satu Negara.

Lantikan terbaru ini dilakukan beberapa bulan selepas Lim buat pertama kali dilantik sebagai "Goodwill Ambassador" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada sambutan Hari Toleransi yang dianjurkan universiti beliau sendiri pada November tahun lepas.

Kini, Lim bertanggungjawab menjalankan kempen politik sepenuhnya untuk Najib yang dilanda masalah dengan Dr Mahathir yang secara terbuka meminta perdana menteri itu berundur berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lim memulakan firma pengiklanan tempatan pertama Malaysia pada 1975 dan kemudiannya mula menubuhkan Universiti Limkokwing yang pada awalnya dikenali sebagai kolej pada 1991. Beliau turut terlibat sebagai salah seorang panel perunding dan pencegahan rasuah dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lim kini akan bersama-sama dengan empat penasihat rasmi Najib – Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Baru-baru ini media melaporkan yang firma perhubungan awam, Paul Stadlen daripada Apco Malaysia juga didakwa berkhidmat dengan pasukan komunikasi khas kepada perdana menteri itu. Bagaimanapun status mengenai peranan Stadlen dalam kerajaan masih tidak jelas dengan Putrajaya mengatakan mereka tidak membuat pembayaran kepada bekas bos Apco Malaysia itu.

"Setakat ini, kerajaan tidak membayar apa-apa kepada Paul Stadlen," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu ini. Hanipa bertanya mengenai jumlah yang dibayar kepada Stadlen yang kononnya ahli pasukan komunikasi pejabat perdana menteri. Namun, jawapan itu tidak menyebut mengenai sama ada Stadlen adalah sebahagian daripada pasukan itu. – 22 Mei, 2015. - The Malaysian Indsider

Sumber: Sumber

11

Bagus
7

Marah
19

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wana89 22-5-2015 10:31 AM
Ya smpun...xperlu la najib..
Ramai dah menyampah dah..
Guna duit rakyat sbb peribadi??
Makin org meluat najib..
Ko ungkit jasa dr ari pertama tun razak jadi pm sampai ari ni pun,org tetap meluat kt ko..
Quote Defcon2 22-5-2015 10:34 AM
Kerajaan membayar RM76.8 juta kepada Apco untuk menggilap imej Malaysia untuk tempoh antara 15 Julai 2009 hingga 4 Jun 2010. PM pun lantik berpuluh-puluh penasihat bertaraf menteri. Tapi imej PM dan kerajaan masih teruk. Sekarang lantik pulak LKW. Habis lagi la duit rakyat untuk benda yang sia-sia.

Sepatutnya PM amik saje pegawai-pegawai kerajaan sedia ada sebagai penasihat. Pegawai kerajaan sekarang yang muda-muda tu kreatif dan kuat kerja apa. Tapi sebab nak salur duit pada parti agaknya, sanggup bagi kontrak pada orang luar.
Quote revolusi_30 22-5-2015 10:35 AM
Nak pukul gendang cina lagi ke jibby oi ..? Mungkin tabla pulak kali ne. lol
Quote asher 22-5-2015 10:36 AM
berapa milion plak deal nie ? hadui la..vongoks sungguh..xyah lah pakai perunding imej semua nie..buat keje iklas..insha allah..allah swt akan balas yg terbaik..
Quote penyo 22-5-2015 10:37 AM
Bapa Transformers?
Quote atira 22-5-2015 10:42 AM
cina kapiaq jug yg dilantiknye...
bukan ke cina suka menghancurkan melayu syumul
Quote ryer25 22-5-2015 10:52 AM
cina dapig pemakan babi jugak yang dilantiknya
Quote kudin66 22-5-2015 10:56 AM
Berapa juta lah habis duit rakyat
Quote spiderman80 22-5-2015 10:58 AM
Lim Kok Wing punya CPGA berapa dulu ya? Tapi tengok gaya dia tu bijak orangnya.
Quote spiderman80 22-5-2015 11:19 AM
Edited by spiderman80 at 22-5-2015 11:34 AM
dcruins replied at 22-5-2015 11:08 AM
Lim Kok wing kalau tak kerana era Mahathir, mungkin jual char kuey teow jer kot.

Projek image  ...


Tak lah sampai jual char kuey teow....kalau dia talanted pun boleh buka institusi pendidikan seperti sekarang. Pemilik Inti College dan Sunway College pun boleh berjaya tanpa cable kuat.
Quote sgbuloh 22-5-2015 11:20 AM
PM najib tak jeles ke tengok rambut tan sri lim kok wing tu?
Quote budakshinchan 22-5-2015 11:23 AM
patot amek Ustaz Don jadi penasihat.. x pon Fadhilah Kamsah join menasihat sekali..
Quote kudin66 22-5-2015 11:29 AM
Kenapa ambik Cino tak ada mulayu yang boleh buat ke? Kurang-kurang ada jugak mulayu yang dapat duit
Quote bluehedgehog 22-5-2015 11:31 AM
smpai imej sendiri perlu org luar tolong pulihkan
islam mesia contoh dunia islam
Quote spiderman80 22-5-2015 11:33 AM
dcruins replied at 22-5-2015 11:30 AM
talent kalau tak der orang nak ambil kisah pun susah gak tu, aku cuma terbayang wajah penjaja char ...

Bab ini Spidey setuju. Ramai CEO Cina di Malaysia tak ada rupa CEO. Contohnya pemilik Top Glove Berhad. Beliau kalau tak pakai tie dan suit memang macam peniaga pasar.
Ramai kawan Spidey selalu bergurau macam tu.
Quote hzln 22-5-2015 11:37 AM
makin bercambah lah lagu2 puja puji najib kat tibi nanti...
Quote Orix 22-5-2015 11:38 AM
bapa transformasi wak lu !!!!!!!!!!!!!!!

bapa u-turn, bapa takda tulur, bapa kangkung patutnya
Quote jofizo 22-5-2015 11:40 AM
student limkokwing lg kerap masuk tv la nanyi lagu im4u....
Quote kelana36 22-5-2015 11:57 AM
Defcon2 replied at 22-5-2015 06:34 AM
Kerajaan membayar RM76.8 juta kepada Apco untuk menggilap imej Malaysia untuk tempoh antara 15 Julai ...
Sepatutnya PM amik saje pegawai-pegawai kerajaan sedia ada sebagai penasihat. Pegawai kerajaan sekarang yang muda-muda tu kreatif dan kuat kerja apa. Tapi sebab nak salur duit pada parti agaknya, sanggup bagi kontrak pada orang luar.



   Sama la juga dengan mode of air transportation dia. kerajaan dah ada VVIP jet yang di letak dibawah jabatan perdana menteri, dikendalikan oleh juruterbang dan juruteknik dari anggota TUDM kita, tetapi dia gunakan khidmat Jet Premier One Malaysia Bhd yang dikendalikan oleh orang awam.. sepatutnya kalau official duty travel, VVIP kita kena guna perkhidmatan anggota keselamatan negara kita, seperti ketua ketua negara yang lain. Sebab itu ACJ319 dan ACJ320 tu nampak lebih kepada private jet daripada jet rasmi kerajaan.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.084150 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top