CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

7 Sebab Memiliki Punggung Yang Besar Itu Bagus

20-5-2015 04:21 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4123| Komen: 0

Walaupun saiz punggung anda ditentukan oleh genetik, yang mana faktanya tak boleh ditolak punggung menyimpan banyak lemak, namun ia banyak sememangnya lebih bagus daripada mempunyai perut yang besar. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pamela M.Peeke dari Kolej Perubatan Sukan Amerika mendedahkan kebaikan memiliki punggung besar ini.

1.Lemak pada punggung tidak membahayakan. 
Tidak seperti lemak di bahagian lain yang melindungi organ lain boleh membawa kepada penyakit berbahaya lain seperti diabetis, tekanan darah tinggi. Lemak terkumpul pada punggung adalah lemak kuning yang memang bebas daripada bahaya.

2. Ia membuatkan keturunan anda lebih memikat

Psikologi mendedahkan lelaki lebih menyukai wanita dengan keadaan punggung yang bulat kerana ia membentuk pinggang seseorang wanita.

3. Wanita yang mempunyai punggung yang besar mempunyai sifat simpati tinggi
Ini kerana kajian mendapati, wanita yang mempunyai punggung yang besar dan pinggang yang kecil boleh menyesuaikan diri dengan sekeliling termasuk perasaan orang.

4. Kamu boleh bergaya 'like a boss' menaiki tangga
Ya. Mendaki tangga memerlukan rentak dan usaha yang betul untuk menjadikan kamu montok dan seksi. Dengan kekuatan otot dibawah pinggang anda akan dipandang diva mengalahkan mereka dengan punggung yang kecil

5. Ia boleh melindungi bahagian belakang badan anda.
Apabila punggung anda lemah untuk menggerakkan kaki anda, otot-otot yang kecil disekeliling pinggang akan membantu anda. Ini untungkan mempunyai punggung yang besar.

6.Punggung besar memudahkan kamu semasa hamil
Dengan punggung yang besar, ia memudahkan kamu untuk bergerak dengan menampung berat bayi anda.

7. Punggung yang besar hasilkan anak yang lebih cerdik.
Saintis dalam kajian mendapati punggung dan peha yang besar menyimpan asid omega 3 yang tinggi dan mampu menyalurkan apabila menyusu bayi tersebut. Ini kerana asid omega 3 memang sangat bagus untuk mempercepatkan perkembangan otak bayi. -LadyLista.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031011 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top