CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Sakit Sendi Lutut

13-5-2015 11:41 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2826| Komen: 0

Description: Tapi di Indonesia ia lebih dikenali dengan nama 'asam urat', 'rematik'...

Di malaysia ia dipanggil 'sakit lutut', terpelecok atau 'sakit sendi. Tapi di Indonesia ia lebih dikenali dengan nama 'asam urat', 'rematik'. Sakit lutut ini bukan sahaja dialami di usia tua malah boleh berlaku di usia muda. 

Sepertimana yang kita ketahui, sendi lutut merupakan anggota badan kurniaan daripada Allah yang paling berharga. Ianya membantu kita berdiri, berjalan , bergerak, duduk dan sebagainya. Jika berlaku kesakitan pada lutut kita, maka sudah tentu akan menyukarkan kita untuk melakukan sebarang aktiviti harian.

Mengikut kajian lebih kurang 15% golongan dewasa akan mengalami gejala ini. Memang terpaksa terima hakikat bahawa sakit ini akan kerap kali menyerang bahagian lutut golongan lelaki yang berumur 45 tahun keatas dan golongan wanita yang berumur 55 tahun ke atas. 

Ramai orang bercakap, bila lutut sakit pemakanan yang kena jaga sikit supaya tidak menjadi bertambah buruk. Dibawah ini ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan jika anda mengalami sakit sendi.


MAKANAN BERGORENG DAN MAKANAN SEJUK BEKU

Kurangkan pengambilan makanan sebegini kerana ianya boleh mengurangkan terjadinya sakit sendi lutut ini. banyakkan mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

MENGAWAL PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI GULA DAN KARBOHIDRAT YANG TINGGI

Cuba kurangkan pengambilan makanan seperti gula-gula, makanan di dalam tin, air berkarbonat dan juga kurangkan pengambilan nasi. Maksudnya hadkan pengambilan nasi bukannya bermaksud jangan makan nasi. Untuk pengetahuan pembaca nasi dan roti merupakan makanan yang mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.

KURANGKAN MEMAKAN MAKANAN YANG BERASASKAN HAIWAN ATAUPUN TENUSU

Sepertimana yang sedia maklum semua makanan yang berasakan tenusu dan haiwan mempunyai sumber protein yang tinggi. Pengambilan yang berterusan dan berlebihan akan mengakibatkan ketidakselesaan pada tisu-tisu disekeliling sendi lutut kita. Jadi langkah terbaik ialah elakkan mengambil protein daripada sumber daging dan tenusu ini. Perbanyakkan makanan berasaskan sayuran.

KURANGKAN GARAM DAN PENGAWET

Dewasa ini banyak barang dan makanan yang dijual dikedai mempunyai kandungan garam dan juga bahan pengawet. Tujuannya ialah untuk menjadikan makanan tersebut lebih tahan lama. jadi sebelum membeli sesuatu barang, baca isi maklumat pada label plastik makanan dan carilah makanan yang mempunyai kandungan garam dan bahan pengawet yang rendah.

KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK DAN ALKOHOL

Rasanya pasal rokok dan alkohol tidak perlu dibicarakan lagi. Ini kerana kedua-dua bahan ini memang terkenal dengan kesan buruk kepada kesihatan jika pengambilan secara berlebihan. Alkohol tu tinggalkan terus tetapi rokok tu boleh juga diambil tetapi janganlah berlebih-lebihan. Kalau diambil secara berlebihan bukan setakat sakit lutut sahaja yang dapat tetapi ada pulak nanti penyakit lain yang datang.Amalkan gaya hidup yang sihat dengan persekitaran yang bersih.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.034439 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top