CMF Reporter1 Article diterbitkan : 20 Mei 2015 Darah haid merupakan perkara biasa buat kaum hawa, tetapi bagi sesetengah masyarakat am nya kaum lelaki, ia mungkin tidak berpendapat sedemikian.
Kebiasaannya pekerja kedai akan bertanya terlebih dahulu samada perlu atau tidak tuala wanita dibungkus dengan beg plastik hitam. Contoh lain, jika teman lelaki diminta tolong membelikan tuala wanita, kebanyakkan mereka akan menolak dengan alasan segan nak beli. Gejala ini jelas menunjukkan masyarakat umum masih mempunyai pandangan yang sempit terhadap perihal haid.
Jurukamera seni dari Amerika Syarikat , Jen Lewis, mendapat ilham apabila ternampak darah haidnya yang dibuang dalam air terhasil rupa bentuk yang cantik dan penuh abstrak. Justeru, dia pun menggunakan kamera foto dengan bantuan suaminya Rob bagi menghasilkan gambar pergerakan darah haidnya dalam air yang penuh kesenian. Di bilik mandi, mereka menyediakan bekas air, pewarna, bahan garam dan lain-lain sebagai props melalui penggunaan sudut kamera yang terbalik dan kelajuan lensa yang berlainan untuk mendapatkan gambar pergerakan darah haid di dalam air yang mempersonakan. Sesi gambar tersebut mereka menamakan sebagai " Beauty in Blood ". Meskipun pengalaman datang darah haid adalah perkara yang menandakan kedewasaan seseorang perempuan, tapi darah haid masih dianggap sesuatu yang kotor dan menjijikan. Justeru melalui pengambilan foto yang berkesenian seumpama ini, mungkin dapat mengubah persepsi masyarakat umum yang pada kebiasaannya menolak atau mempunyai sikap kurang selesa apabila menyentuh perihal darah haid supaya menjadi lebih memahami dan menghargai pengalaman kaum hawa semasa tempoh datang haid. - CARI INFONET |
15
Bagus |
5
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
arrowtotheknee: Aku pernah baca ada mamat kokesen ni tanya, normal ke untuk seorang perempuan meminum/menjilat darah haidnya sendiri? Sebab dia pernah nampak awek dia ...
ADVERTISEMENT