1. Satu lagi Justin Bieber dari Jacsonville Dia juga dibanned dari Facebook setelah menggunakan namanya sendiri 'Justin Bieber' kerana dilaporkan 'fake' oleh Facebook. Justin Bieber, berusia 35 tahun berasal daripada Florida tidak senang duduk selepas kerap menerima panggilan serta mesej cemuhan seperti "Hai Justin Bieber, Kamu penyanyi yang paling teruk". Panggilan tidak pernah berhenti sehingga dia terpaksa mendaftar telefon lain menggunakan nama isterinya.
2. Beyonce dari New York "Saya sentiasa cemas apabila cikgu memanggil nama untuk kedatangan, sebab setiap kali nama saya, Beyonce disebut, ada dikalangan kawan-kawan akan mula menyanyi "Single Ladies'. 3. Matt LeBlanc dari Canada Setelah mengetahui namanya Matt LeBlanc, pelanggannya secara automatik akan berkata "How are you doing?" dan apabila saya respon dengan nada berbeza, mereka seolah-olah kecewa dan berkata "Ini bukan bagaimana Joey sebutkannya". Matt LeBlanc dari Canada ini merupakan seorang pelukis yang telah menjual lebih 3000 lukisan. 4. Satu lagi Brad Pitt dari Baltimore Semasa mendaftar masuk sebuah hotel di Las Vegas, saya ditemani oleh CEO di kaunter pendaftaran, dan setelah penyambut tetamu mendapati namanya Brad Pitt, pihak hotel telah menaik taraf bilikknya di satu sudut dengan permandangan yang cantik berserta dengan buah strawberry dan minuman. Layanan yang diberikan juga sangat eksklusif. Namun CEO mula mempersoal mengapa dia tidak mendapat layanan yang sama. Brad Pitt (kanan) bekerja di Barracuda Networks sebuah syarikat komunikasi di Maryland. 5. Versi Kate Middleton bukan puteri Kate Middleton dari Brisbane, Australia, merupakan seorang ahli perniagaan yang sering digelar puteri ketika menjalankan perniagaannya. Bukan dia sahaja yang terpalit kisah kerabat diraja itu, Suaminya seorang jurutera juga digelar putera. |
ADVERTISEMENT