JIKA di UiTM, selfie sewaktu di pentas graduasi adalah dikira menyalahi peraturan dan dianggap tidak menghormati etika majlis konvokesyen.
Malah penuntut yang melakukan kesalahan tersebut, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 dikatakan bakal digantung diplomanya untuk tempoh setahun atau lebih selepas tindakannya itu dianggap telah memalukan pihak universiti.
Tapi sebaliknya di United Kingdom (UK), seorang pelajar Malaysia bernama Badrul Hisham rupa-rupanya telah pun terlebih dahulu melakukan aksi selfie sewaktu menerima skrol di majlis graduasinya pada tahun lepas.
Malah bukan setakat selfie, dia juga menari di atas pentas dengan memakai baju Melayu!
Di luar negara selfie sewaktu konvokesyen sememangnya perkara biasa, jadi tak hairanlah Hisham yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Sheffield ikut melakukannya.
Hisham yang kini telah menamatkan pengajian merupakan penulis buku ‘Advantura Pulang Ke Malaya’ yang mengisahkan pengalaman menarik dilaluinya sepanjang berkayuh dari UK ke Malaysia.
Menerusi Facebooknya Hisham berkata, jika dia melakukan aksi selfie tersebut ketika berada di Malaysia, maka sudah pasti sijil ijazahnya bakal digantung.
“First in England!! Seb baik aku tak masuk Uni kat Malaysia. Kalau tak confirm kena buang negara.. Scroll Master mechanical pon akan kena buang.. haha. Still I am the first in England (Maybe Europe) to Dance+ Selfie with the Chancellor grin emoticon. What a Beautiful day”
Aksi selfie daripada Hisham telah membuatkan suasana majlis konvokesyen bertambah meriah malah ramai Dekan yang berada di atas pentas tersenyum melihat aksinya.
Berbalik kepada isu selfie sewaktu majlis graduasi, wajarkah hukuman menggantung pengajian diberikan kepada penuntut terbabit?
Bagi kami, tindakan pihak UiTM yang ingin menggantung pengajian sebagai hukuman adalah terlalu melampau.
Ramai mengatakan sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen diberi hukuman sebegitu serius.
Bayangkan.. kes ‘pedofilia’ hampir diberikan peluang kedua tapi selfie semasa konvo dikenakan hukuman seakan menyebabkan ‘UITM terbakar pula’!
Sumber – MYNEWSHUB.CC
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|