Pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng kecewa tapi pasrah apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan namanya tidak terpilih untuk menyertai kejohanan badminton sedunia di Jakarta pada Ogos ini. Wei Feng yang layak secara merit ke kejohanan itu selepas menduduki ranking ke-31 iaitu lebih tinggi daripada Zulfadli Zulkiffli dan Datuk Lee Chong Wei menjadi pilihan BAM berkata, dia sememangnya kecewa dengan keputusan itu. Keputusan memilih Chong Wei serta Zulfadli diumum Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff selepas mempengerusi mesyuarat exco semalam. “Memang agak kecewa sebab ranking saya paling tinggi tetapi tak dapat main. Tapi lepas berbincang dengan Tengku, saya dimaklumkan BAM akan memberi sokongan penuh membantu saya layak ke Sukan Olimpik. “Untuk itu, saya mungkin diberi peluang menyertai lebih banyak kejohanan untuk mengutip mata,” katanya. - CARI INFONET Sumber : http://www.hmetro.com.my/
|
7
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prizadane replied at 12-5-2015 12:23 PM
pada aku patut zulfadli pergi sebab dia masih muda n ada potensi. chong wei feng pun dah almost 30yr ...
beruangDANcicak replied at 12-5-2015 01:14 PM
cong wei feng ni dah tua kan
prizadane replied at 12-5-2015 01:16 PM
dah 28 tahun...
beruangDANcicak replied at 12-5-2015 01:20 PM
itu la dah tua tapi muka macam budak2 baru lepas spm je... apa la rahsia dia awek muda...
dauswq replied at 12-5-2015 12:16 PM
anak misbun sidek tu mmg tak de potensi lagi ker?
@axl_bach
cak! replied at 12-5-2015 12:34 PM
keputusan bam yg baik..wei feng ni hampeh jek
ADVERTISEMENT