Tiga pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin Carillo (Colombia) dan Austin Amutu (Nigeria) akan menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) dalam pertembungan dengan Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Negeri di Kuching, pada Sabtu.
"Saya yakin beliau mampu beraksi dan moral pemain ketika ini amat baik, selain itu kita masih ada Mohd Nor Farhan Muhammad, Wan Zack Haikal Wan Noor dan lain-lain, kita mahu mencapai kemenangan," katanya. Mohd Azraai Khor turut mengingatkan barisan pemain tempatan serta importnya supaya menumpukan pada perlawanan serta mempamerkan aksi terbaik mereka bagi membolehkan TRW berada di kedudukan terbaik dalam liga musim ini. Kelantan juga perlu berwaspada kerana Sarawak semestinya akan mempamerkan yang terbaik untuk bangkit selepas tewas 0-1 di tangan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lepas. Selepas sembilan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan kini berada di tangga kesembilan dengan 10 mata manakala Sarawak berada di kedudukan ke-10 liga dengan sembilan mata. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT