CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ella: Masyarakat belum sedia dengan GST

30-4-2015 11:50 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12502| Komen: 56


Ratu Rock Ella mengakui masyarakat belum bersedia dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula awal bulan ini.

“GST ini mungkin ada kebaikan, tetapi kita ini diberi masa (bersedia) yang tidak cukup.

“Maknanya kita kena warm up dulu sampai masyarakat faham, kemudian baru lancarkan,” katanya kepada Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya, pelaksanaan cukai itu, yang masuk hari ke-29 hari ini, seperti dibuat secara tiba-tiba.

“Tidak cukup masa, macam tiba-tiba,” kata Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

Ella bukan selebriti pertama tampil menyuarakan perasaan tidak selesa itu.

Sebelum ini, pelakon, model dan pengacara Rozita Che Wan (kiri) juga telah menyatakan kebenciannya terhadap pelaksanaan GST secara terbuka.

Lebih mesra dengan panggilan Che Ta, beliau menyatakan bantahan halus itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di Instragram ketika menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir, bekas perdana menteri keempat sebelum ini mengeluh “keseorangan” mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lagu baru, rahsia kecantikan

Sementara itu Ella juga akan kembali mewarnai kariernya dengan pelancaran single terbaru berjudul “Istimewa” dan “Sujud” esok.

Album penuh akan dilancarkan Jun ini dan penggambaran klip video akan dibuat di kota London.

Ditanya mengenai keistimewaan lagu baru itu, Ella menjelaskannya sebagai “lagu berunsurkan ketuhanan dalam versi Ella’”.

Ella juga kini cuba menceburi bidang perniagaan dengan produk kecantikan berasaskan rahsia turun temurun keluarganya.

Dinamakan “Lameya”, produk itu mengandungi bahan berkhasiat seperti minyak ikan kod, habbatus sauda dan buah zaitun.

“Lameya bermaksud bijaksana, cantik dan berseri. Ia makanan Sunah. Ella dah pakai produk ni bertahun sejak dari mak lagi,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 29-4-2015 11:10 PM
Pahit getir hidup dan pengorbanan,
Terpaksa dihadapi demi kejayaan.
Quote kakasotong 29-4-2015 11:32 PM
Gst mmg ada kebaikan, tp pada negara lah. Boleh tanggung hutang negara yg berlambak tu. Itulah tujuan gst ni dilaksanakan.

Tp xde kebaikan utk rakyat mesia, kehidupan makin melarat. Kepada yg papa terus jd kedana. Kesian. Semoga nasib rakyat dpt dibela suatu hari nnt.
Quote nadie90 29-4-2015 11:44 PM
Bkn x bersedia....smpai kiamat sklipn org ttp xkn ska gst nie
Quote kimsa-ra 29-4-2015 11:58 PM
mereke bukan dermawan tp kuat pembazirwan
Quote aderaderker 30-4-2015 12:12 AM
Warm up dulu sebelum lancarkan gst?
Acaner tu?
Quote LiveYourLife 30-4-2015 12:14 AM
mungkin ella tak paham gst hehe #sarcasm

anyway, kalo forumer sume tak setuju dgn sgt meh la kita sign petition ni
http://bantahgst.com/

they need 200 k before 1 may. skng ni baru 68 k..
jom jom!
Quote lipasterbang 30-4-2015 12:44 AM
LiveYourLife replied at 30-4-2015 12:14 AM
mungkin ella tak paham gst hehe #sarcasm

anyway, kalo forumer sume tak setuju dgn sgt meh la kita ...

dahh
Quote annehuda 30-4-2015 07:06 AM
masalahnye siapa yg paham GST? even menteri pun tak leh nk explain.

cth yg mencelarukan kt sini
1. Kedai makan - beli bahan basah takde GST, tp bila makanan dah siap dimasak n jual kt org, peniaga layak nk caj GST kt pelanggan.
2.Top up - nak ikutkan sebelum ni pun mmg ada caj 6% dkt telco, kalau korg perasan la kt kad top up tu ade tulis 'termasuk 6% cukai bla bla bla'. so pttnye ms nk beli top up, takde dah tambah lg 6% dan harga top up tu kekal la. so kenapa ada GST kite kene byr lebih, sdgnkan GST menghapuskan cukai2 lain?
3. Isu GST boleh diclaim balik - yes kalau pd belah2 peniaga pemborong peruncit tu bolehla claim balik, tp pd pelanggan mcm kite nak claim mcm mane? kot ye pun boleh claim melalui borg cukai pendptan tp berapa ramai rakyat Malaysia yg layak bayar income tax since had income tax dh dinaikkan dari RM2500 ke RM4000?
4. GST menghapuskan cukai2 lain, yg aku paham sblm ni SST dan Government service tax boleh up to 11 or 12%. so bile cukai2 tu terhapus, mmg btul la harga barang akan turun. masalahnye, kenapa harga barang sekarang makin naik, mcm harga asal + 6% GST plak?
5. Peniaga kasi alasan, barang2 yg dijual tu diorg dah borong sebelum GST dilaksanakan, so camne sbnrnye kastam nk kutip GST ni? amek total harga jualan top up 6% ka, pakai invoice ka, ape ka. aku pun tak paham.

sape2 dpt jawab persoalan aku ni dgn detail sekali aku kasi tacang +100.
Quote juita 30-4-2015 08:29 AM
uhuhuh pasal gst yg me paham

1.kedai makan -mmg patut tak kene gst pun tapi derang ader service caj.....kalau tak salah me gst gomen amik ,service caj kedai amik ...yer ke?

2.bab topup tak reti nak xplaincemana me pun tak berapa paham...sblm ni topup ader SST ke?

3.yup claim balik utk peniaga ..... GST mmg cukai utk end user....peniaga drang mmg ader bayar cukai laen...tapi GST mmg spesel utk end user

4.ni la masalah sebenarnya..sst tak dihapuskan...peniaga nampak untung sbb kenakan GST + SST..patutnya clarify dolu apa barang kena SST...kasi buang semer SST pastu..barula masuk GST.....bleh la turun 4%

5. peniaga mmg bleh bagi alasan memacam...bli stok awal la,apa la...kan ke dah bagitau start 1 april....

persoklan me plak camner nak tau brg tu kene SST? ke semua brg kene ......
Quote AprilLova 30-4-2015 08:50 AM
Edited by AprilLova at 30-4-2015 08:59 AM

kita dalam middle income trap kata satu fb tu...
untuk long term GST adalah salah satu cara jalan keluar
apatah lagi kalau kita nak capai negara maju dan bergaji tinggi

kalau ikut data dan teori kejutan ni ambil masa beberapa bulan
barang2 keluaran yg sama selepas ni (bukan stock lama) xde % SST lagi sbb dah jadi 6%GST sahaja, jadi sebahagian barang sepatutnya jadi lebih murah ... tapi kalau ikut peniaga tamak, mengelupur lah kita kalau ikut logic iols agree tapi kalau ikut hati meols benci huhu
Quote pjade 30-4-2015 09:26 AM
To a certain extent, I agree dgn GST. Sebab I am so sick and tired being in the income group yang kena bayar tax untuk tampung setiap golongan dalam Malaysia ni. Dah la kena bayar tax, benefit takde - I tak qualify untuk BR1M (obviously), I can't get cheap housing, etc. And berapa sangat la tax refund boleh dapat. So GST ni, biar semua orang kena bayar tax. Baru fair.
Quote ragarotan 30-4-2015 09:32 AM
stuju sgt dgn u ella
Quote raby87 30-4-2015 09:40 AM

xleh bukak pun
Quote azie.dz 30-4-2015 09:46 AM
sebenarnya isu sebenar nak pomot album tp konar isu gst seround..bijak sgt kan huhu
Quote beatgirlX 30-4-2015 09:59 AM
actually gst ni dah lama org ckp cuma tu ler..tah ler
macam ada lopong sana sini perlaksanaan gst tu
even menteri and org customs sendiri pun macam tak prepare...
Quote SenahMontanah 30-4-2015 10:04 AM
LiveYourLife replied at 30-4-2015 12:14 AM
mungkin ella tak paham gst hehe #sarcasm

anyway, kalo forumer sume tak setuju dgn sgt meh la kita ...

kalau sign n dpt cecah 200k, then what? gst akan dihapuskan ke? atau petition akan dihantar ke najib?(which I doubt die akan kesah?)

atau sekadar nk amek data?

btw site tu xleh access
Quote royaldanish 30-4-2015 10:53 AM
kakasotong replied at 29-4-2015 03:32 PM
Gst mmg ada kebaikan, tp pada negara lah. Boleh tanggung hutang negara yg berlambak tu. Itulah tujua ...

Setuju sangat ngan ko... hopefully duit GST kita bayar tu ke saluran yang betul...
Quote kakasotong 30-4-2015 11:04 AM
royaldanish replied at 30-4-2015 10:53 AM
Setuju sangat ngan ko... hopefully duit GST kita bayar tu ke saluran yang betul...

Xtaw la duit gst rakyat ni pegi ke saluran yg betul ke idokkk. Tp yg pasti sebahagian dr duit tu tampung bayaran hutang najib beli jet baru2 ni. Berapa ratus juta ntah harga dia, meols xsure.

Yg penting pendapatan keuntungan negara (meols xsure term dia apa) xcukup utk bayar hutang negara yg berbilion2 tu. Thats why diwujudkan gst ni.

Paling sedih tun m xsetuju dgn pelaksanaan ni n dia dihina mcm2 oleh menteri2 yg menyokong najib. Org susah la ape la. Xpatut kot buat camtu.
Quote kakasotong 30-4-2015 11:06 AM
Mungkin reputz ni ala2 wartawan hlive acah2 test tahap pengetahuan ella mengenai gst. Nak buat mcm style dewi remaja kot

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.145775 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top