CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Buka Tudung, Nina Iskandar Dikecam Hebat!

30-4-2015 11:32 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 31523| Komen: 138




Kira kira setahun yang lalu, ketika pemerintah Brunei melaksanakan hukum Hudud sepenuhnya salah seorang pelakon yang berasal dari sana iaitu Nina Iskandar telah berhijrah mengenakan tudung dan menafikan penghijrahan itu semata mata kerana perlaksanaan Hudud.

Baru baru ini Nina Iskandar telah memuat naik sekeping gambar dirinya tidak mengenakan tudung di akaun Instagram beliau & tindakan ini telah mengundang kritikan ramai yang terus menganggap penghijrahan sebelum ini memang tidak ikhlas dan bukan datang dari hati.



“Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima ramai atau tidak, itu bukan langsung masalah anda,” tulisnya menemani gambar tesebut.

Tulisan beliau itu seakan akan memberikan gambaran yang beliau sudah tidak takut dengan persepsi ramai tentang penampilan beliau sama ada berhijab atau tidak kerana lebih mahu menjadi diri sendiri daripada memuaskan hati ramai pihak lain.

Sebelum ini pun Nina Iskandar pernah terpalit kontroversi apabila hanya mengenakan topi dalam satu sesi fotografi dan turut mengundang kritikan dari peminat hiburan.

“Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.
Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri”

“Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa pun mereka nak kata,” ulas Nina Iskandar kepada mStar Online sebelum ini. (rtky/m)



Bagus

Marah

Terkejut
8

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LiveYourLife 30-4-2015 12:11 AM
sape sheol ni?...
Quote missDollie 30-4-2015 12:13 AM
nina who???
Quote Changa 30-4-2015 12:14 AM
whoever cikki ini, sheols lebih cantik tak pakai tudung.
so better tak pakai tudung jah la,
bila pakai tudung dah macam makcik2 beranak 3 dah
Quote aderaderker 30-4-2015 12:14 AM
Dari x pakai tudung pastu bertudung pastu bukak tudung tetaplah aku tatau minah ni retis kategori apa..
Drama?filem?dokumentari?
Sendu tahap olaf.
Quote kakasotong 30-4-2015 12:20 AM
Finally ada jugak thread pasal nina bukak tudung ni. Dah kenapa nina ni? Kekeliruan identiti kah? Sekejap bertutup sekejap terbukak. Xpaham meols.

Kalo xbersedia nak bertudung, xpayah la paksa diri. Walopun benda tu wajib. Xmemasal kena bahan dgn org. Iman xkuat ni
Quote susukambingbest 30-4-2015 12:22 AM
aderaderker replied at 30-4-2015 12:14 AM
Dari x pakai tudung pastu bertudung pastu bukak tudung tetaplah aku tatau minah ni retis kategori ap ...

hahaa dia ni artis mig... penah tgok dia belakon skli je filem pngantin malam yg jdi antu tu..hero heroin parid n nora dnish.. klu ada dia belakon cite lain pun xpasan agaknya haha
Quote susukambingbest 30-4-2015 12:27 AM
Edited by susukambingbest at 30-4-2015 12:30 AM

ada org kata dia buka tdung lpas ptus tunang ngn bisnesman brtarap jotawan..
Quote rosasa 30-4-2015 12:31 AM
selalu dengar nama dia ni..tapi takleh la nak ingat apa bakat dia
Quote olaoliolu 30-4-2015 12:34 AM
ada tertengok dia blakon drama ptg2 mak aku suka  . cantekk je dia pakai tudung.
Quote lipasterbang 30-4-2015 12:39 AM
dendam semalam..dgn iqram dinzly & azwan kombos
Quote suterabiru123 30-4-2015 12:44 AM
ingat nina ismail sabri..duk pk bila anak menteri tu pakai tudung..

sendu nya mek nina iskandar ni
Quote darkchoc 30-4-2015 01:08 AM
Tak kenal pun dia ni
Quote cahayahati 30-4-2015 01:32 AM
Who is she?x pernah tau kewujudan beliau...
Quote stilla 30-4-2015 06:03 AM
Nina? Nina mana ye? Nina? Ish tak boleh recall lah Nina mana?
Quote Glass_shoes 30-4-2015 06:52 AM
aderaderker replied at 30-4-2015 12:14 AM
Dari x pakai tudung pastu bertudung pastu bukak tudung tetaplah aku tatau minah ni retis kategori ap ...

Olaf pon lg popular..1 dunia kenal
Quote miabebe 30-4-2015 07:48 AM
Sape la minah ni nape mia xkenal
Quote rayna_raynes 30-4-2015 08:00 AM
aku suka minah ni, muka dia cantik
iras tiz zaqyah
berlakon ok la sikit dari samihah ahmad yang kejung bak patung cendana itew
Quote ridz09 30-4-2015 08:04 AM
Sel2 otak tak berhubung, sapekah minah ini???
Quote amon_79 30-4-2015 08:06 AM
artis MIG..? nina who ? ...baik keluar dr MIG kalo x tak ke mana la bakat tu...

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094537 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top