CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja cari ibu kandung

14-6-2013 06:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3388| Komen: 14


Siti Fatimah (kiri) sentiasa memberi semangat kepada Nur Amira Syafika yang berusaha menjejaki ibu kandungnya

TUMPAT – “Saya ingin sekali melihat wajah ibu kandung saya yang terpisah sejak 11 tahun lalu,” demikian rintih seorang remaja Nur Amira Syafika Ab Shahrifalaki, 14, yang terpisah dengan ibu kandungnya ketika berumur tiga tahun.

Nur Amira Syafika berkata, dia tidak ingat apa-apa cerita sedih di zaman kanak-kanaknya itu tetapi berdasarkan cerita dari ibu saudaranya, Siti Fatimah Mohd Yusof, 55, ibunya dikenali sebagai Zanariah berasal dari Teluk Intan, Perak.

“Saya ingin jumpa ibu, pertemuan ini amat penting kerana melibatkan masa depan saya,” katanya.

Sementara itu, Siti Fatimah berkata, untuk menjejaki Zanariah  semakin sukar apabila ayah kandung Nur Amira Syafika yang juga adiknya, Shahrifalaki Mohd Yusof, 50, meninggal dunia dua tahun lalu.

“Yang merisaukan saya sekarang ini, Nur Amira Syafika masih belum ada Mykad kerana semua dokumen pengenalan dirinya  dalam simpanan ibunya yang terpisah 11 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di tempat anaknya bekerja, restoran di Pasir pekan, di sini.

Katanya, setelah kematian adiknya itu, Nur Amira Syafika dalam jagaannya dan juga adiknya Balqisma, 38, di Kampung Anak Keranji, Slow Machang, Pasir Mas.

“Kami tiada alamat Zanariah kerana dia sering berpindah randah, kami juga tiada gambar Zanariah untuk dijejaki.

“Sebelum ini Zanariah bersama arwah adik saya menetap di Kuala Lumpur, bagaimana pun selepas mereka bercerai, arwah adik saya membawa pulang Nur Amira Syafika ke Pasir Mas,” katanya yang memaklumkan Zanariah isteri ketiga arwah adiknya.

Siti Fatimah berkata, Nur Amira Syafika mempunyai seorang adik lelaki berusia 12 tahun, mungkin dia dijaga oleh Zanariah dan Zanariah pernah menetap di Kampung Anak Keranji diawal perkahwinannya itu sebelum ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, selagi ibu kandung Nur Amira Syafika tidak dapat dijejaki, selagi itulah anak saudaranya itu tidak dapat memohon Mykad.

“Saya risau masa depan Nur Amira Syafika yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas kerana tahun depan dia akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Sesiapa yang mengenali ibu Nur Amira Syafika atau mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi di talian 013-9300230.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mute 14-6-2013 12:06 PM
dik, try cari ikot pessbukk...
Quote PICes_Boy 14-6-2013 12:09 PM
kesiannya...harap2 dapat ketemu...
Quote arasham 14-6-2013 12:12 PM
napa masa ayahnya hidup tak usaha nak buat dokumen pengenalan. hadoilah...sianya kat adik nih
Quote arasham 14-6-2013 12:14 PM
kalau ada no ic ibu dan ayah dia boleh tak pegi ke jab pendaftaran buat cabutan surat beranak baru?
Quote bukanomi 14-6-2013 12:17 PM
sian budak ni...moga Allah permudahkan urusan....
Quote lizaliza 14-6-2013 01:26 PM
cuba detect IC kat daftar nikah cerai..kalau kahwin dan cerai berdaftar kat Malaysia la...
dari IC semak di JPN dimana alamat berdaftar..dan cuba cari dialamat tersebut, sekurang-kurang mesti ada sedara mara yang terdekat yang mengenali dan boleh menjejaki semula dimana berada
Quote ell768 14-6-2013 04:47 PM
masa awal2 xnak pk..jd laa gitu..x paham aku..
Quote jazaa 14-6-2013 08:31 PM
mak yang nak bersedap je.....
tanak pikir masadepan anak.....
cer cari kat gombak, BTS....tempat awang hitam....
Quote voiletiris 14-6-2013 08:39 PM
cantek lah budak tu kesian..
Quote noraidil_06 14-6-2013 08:44 PM
Kawin kt siam ke?
Quote Acong 14-6-2013 08:47 PM
voiletiris posted on 14-6-2013 08:39 PM
cantek lah budak tu kesian..

cantik ke? pakai fair & lovely kot?
Quote noor2 14-6-2013 08:55 PM
Acong posted on 14-6-2013 08:47 PM
cantik ke? pakai fair & lovely kot?

tp budak tu memang cantik...



kesiannya baca
Quote Acong 14-6-2013 09:01 PM
noor2 posted on 14-6-2013 08:55 PM
tp budak tu memang cantik...

tak.......  dah besar mesti cam anak badak......
Quote noor2 14-6-2013 09:03 PM
Acong posted on 14-6-2013 09:01 PM
tak.......  dah besar mesti cam anak badak......

eh...i pun tak sangka umur dia baru 14...

harap dia pandai jaga badan...jangan tembam2 bila besaq nanti

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055688 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top