View: 2041|Reply: 14
|
[Tempatan]
Remaja cari ibu kandung
[Copy link]
|
|
Siti Fatimah (kiri) sentiasa memberi semangat kepada Nur Amira Syafika yang berusaha menjejaki ibu kandungnya
TUMPAT – “Saya ingin sekali melihat wajah ibu kandung saya yang terpisah sejak 11 tahun lalu,” demikian rintih seorang remaja Nur Amira Syafika Ab Shahrifalaki, 14, yang terpisah dengan ibu kandungnya ketika berumur tiga tahun.
Nur Amira Syafika berkata, dia tidak ingat apa-apa cerita sedih di zaman kanak-kanaknya itu tetapi berdasarkan cerita dari ibu saudaranya, Siti Fatimah Mohd Yusof, 55, ibunya dikenali sebagai Zanariah berasal dari Teluk Intan, Perak.
“Saya ingin jumpa ibu, pertemuan ini amat penting kerana melibatkan masa depan saya,” katanya.
Sementara itu, Siti Fatimah berkata, untuk menjejaki Zanariah semakin sukar apabila ayah kandung Nur Amira Syafika yang juga adiknya, Shahrifalaki Mohd Yusof, 50, meninggal dunia dua tahun lalu.
“Yang merisaukan saya sekarang ini, Nur Amira Syafika masih belum ada Mykad kerana semua dokumen pengenalan dirinya dalam simpanan ibunya yang terpisah 11 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di tempat anaknya bekerja, restoran di Pasir pekan, di sini.
Katanya, setelah kematian adiknya itu, Nur Amira Syafika dalam jagaannya dan juga adiknya Balqisma, 38, di Kampung Anak Keranji, Slow Machang, Pasir Mas.
“Kami tiada alamat Zanariah kerana dia sering berpindah randah, kami juga tiada gambar Zanariah untuk dijejaki.
“Sebelum ini Zanariah bersama arwah adik saya menetap di Kuala Lumpur, bagaimana pun selepas mereka bercerai, arwah adik saya membawa pulang Nur Amira Syafika ke Pasir Mas,” katanya yang memaklumkan Zanariah isteri ketiga arwah adiknya.
Siti Fatimah berkata, Nur Amira Syafika mempunyai seorang adik lelaki berusia 12 tahun, mungkin dia dijaga oleh Zanariah dan Zanariah pernah menetap di Kampung Anak Keranji diawal perkahwinannya itu sebelum ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, selagi ibu kandung Nur Amira Syafika tidak dapat dijejaki, selagi itulah anak saudaranya itu tidak dapat memohon Mykad.
“Saya risau masa depan Nur Amira Syafika yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas kerana tahun depan dia akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.
Sesiapa yang mengenali ibu Nur Amira Syafika atau mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi di talian 013-9300230.
|
|
|
|
|
|
|
|
dik, try cari ikot pessbukk... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...harap2 dapat ketemu... |
|
|
|
|
|
|
|
napa masa ayahnya hidup tak usaha nak buat dokumen pengenalan. hadoilah...sianya kat adik nih |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada no ic ibu dan ayah dia boleh tak pegi ke jab pendaftaran buat cabutan surat beranak baru? |
|
|
|
|
|
|
|
sian budak ni...moga Allah permudahkan urusan.... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba detect IC kat daftar nikah cerai..kalau kahwin dan cerai berdaftar kat Malaysia la...
dari IC semak di JPN dimana alamat berdaftar..dan cuba cari dialamat tersebut, sekurang-kurang mesti ada sedara mara yang terdekat yang mengenali dan boleh menjejaki semula dimana berada |
|
|
|
|
|
|
|
masa awal2 xnak pk..jd laa gitu..x paham aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak yang nak bersedap je.....
tanak pikir masadepan anak.....
cer cari kat gombak, BTS....tempat awang hitam.... |
|
|
|
|
|
|
|
cantek lah budak tu kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
voiletiris posted on 14-6-2013 08:39 PM
cantek lah budak tu kesian..
cantik ke? pakai fair & lovely kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 14-6-2013 08:47 PM
cantik ke? pakai fair & lovely kot?
tp budak tu memang cantik...
kesiannya baca
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 14-6-2013 08:55 PM
tp budak tu memang cantik...
tak....... dah besar mesti cam anak badak......
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 14-6-2013 09:01 PM
tak....... dah besar mesti cam anak badak......
eh...i pun tak sangka umur dia baru 14...
harap dia pandai jaga badan...jangan tembam2 bila besaq nanti
|
|
|
|
|
|
|
| |
|