SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan BN bukan sebuah kerajaan yang ‘syok sendiri’ dalam melaksanakan sebarang perancangan kerana setiap pelaksanaan itu sudah mendapatkan ‘kebenaran’ setiap lapisan masyarakat. Menurutnya, BN juga bukan sebuah pemerintah yang hanya menabur janji kosong tanpa membuktikan setiap janji-janjinya. “Kita bukan omong kosong, bukan juga saudagar-saudagar yang menjual minyak, tidak juga cakap hal yang membohongkan. Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang berpijak di bumi yang nyata dan berpasak kepada realiti. “Apa yang kita mahu kongsi adalah kisah-kisah benar yang disokong oleh fakta-fakta,” katanya ketika membentangkan laporan tahunan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Angkasapuri, hari ini. Dalam ucapan sama, beliau memberitahu bahawa laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini bukti bahawa barisan pemimpin yang ada dalam kerajaan BN sekarang ‘buat kerja’. “Usaha-usaha dalam GTP dan ETP adalah antara bukti bahawa kerajaan kita tidak berwenang-wenang duduk bersimpuh dalam bahasa mudah budak-budak muda sekarang, program kerajaan bukanlah sesuatu yang ‘syok sendiri’. “Sebaliknya, segala perencanaan ini adalah berdasarkan maklum balas dan proses merunding pelbagai lapisan masyarakat,” katanya. Menyentuh soal kritikan yang diterima kerajaan di bawah pimpinannya itu, Najib akui pihaknya menerima sebarang kritikan namun ia perlulah bersifat membina. “Kita mendengar dan amat mengalu-alukan pandangan serta pendapat oleh semua pihak. Saranan itu perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main hentam melulu sahaja. “Kerana hanya dengan kritikan dan saranan membina, barulah kita dapat buat pembaikan. Jika tidak, proses pembangunan negara akan menjadi terganggu,” katanya. sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...najib-1.384612
|
4
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabbath_shalom replied at 28-4-2015 09:46 PM
Syok sendiri...muka kulit biawak...muka sardin...camne la ko boleh tak thankful pada Mahathir yg jad ...
kelana36 replied at 29-4-2015 06:06 AM
Now I know why lama sangat dolah badawi nak lantik dia ni jadi TPM, sampai semua orang jadi suspen ...
dani-rox replied at 29-4-2015 01:26 AM
Oh bish, please.
primemova replied at 29-4-2015 05:59 AM
Najib tak abis abis kaitkan dgn arwah tun razak dlm ucapan dia .... Dulu masa dia g china... Arwah b ...
ADVERTISEMENT