CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Buat Lawak Stadium Larkin Kena Curi!

29-4-2015 10:09 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 31767| Komen: 198





KUALA LUMPUR – Selepas membidas Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana mendakwa penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tiang gol Stadium Ipoh, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail menyiarkan satu gambar berunsur lawak mengenai Stadium Larkin.

Gambar yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu menunjukkan Tunku Ismail membuat lawak kononnya Stadium Larkin telah hilang dicuri pihak tertentu.

Gambar dengan tulisan `Alamak Stadium Larkin dah hilang’ mendapat perhatian ramai pihak terutama peminat bola sepak tanah air yang menganggap tindakan Tunku Ismail itu merupakan satu sindiran ke atas PAFA.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor hari ini membidas dakwaan PAFA bahawa penyokong JDT mencuri tiang gol Stadium Ipoh dalam insiden keganasan bola sepak baru-baru ini.

Baginda yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin itu tidak masuk akal dan memalukan imej persatuan bola sepak tersebut.

Media hari ini melaporkan PAFA akan membuat tuntutan rugi kepada PBNJ diatas keganasan yang dilakukan oleh penyokong JDT termasuk merosakkan papan iklan, mengoyakkan jaring gol dan mencuri tiang gol Stadium Ipoh.

Tunku Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan penyokong JDT melakukan keganasan dalam kejadian tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak bertindak membaling objek keras termasuk batu ke atas penyokong Harimau Selatan. – mynewshub.cc

13

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirage_46 28-4-2015 04:43 PM
since 2013.........
Quote mirage_46 28-4-2015 04:43 PM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote EJALTI 28-4-2015 04:44 PM
Mail nih education takat SPM jew ker?
Quote animcute 28-4-2015 04:53 PM
nasib baik sultan negeri sy tak berkelakuan cam gini...w/pun dari segi education, rupa dan ketinggian jauh mengatasi personaliti yg tersebut itu...kecoh lebih.
tambahan pula raja permaisuri negeri kami jauh lebih cantik tapi kami cool aje
Quote bellaa 28-4-2015 04:56 PM
too childish
Quote kecimpret 28-4-2015 05:02 PM
TMJ menganjing PAFA


Quote langlobat 28-4-2015 05:03 PM
dia buat lawak selepas meeting dalam rolls royce
Quote lompatikam 28-4-2015 05:03 PM
Edited by lompatikam at 28-4-2015 05:04 PM

kadang2 aku duk rasa kontrovesi gaduh2 kenyataan antara coach pasukan ini satu cara naikkan populariti sesuatu pasukan...benda yg dah lama berlaku kat EPL...terutama Man U, dua tahun lepas kat Man Siti, la ni kat chelsea( sorry, aku tak follow liga italy/spain/german). haters akan mengidam melihat pasukan2 tertentu kalah dan dia hard fans masuk gua. haters akan promote kekalahan pasukan kebencian mereka seperti almari trofi bersawang, forever alone lah, mai melawat member dlm gua la sambil bawa lauk. manakala die hard fans akan mencanang2 kehebatan pasukan kegemaran mereka. letak bas since 2014 la...skillfull players la, legendary players la...semua ini menaikkan ranking siaran team2 ni. naik rangking maksud profit ( sponsor, jualan tiket, jersey).

salah satu sebab kenapa stadium start meriah balik walaupun team bola tak berapa nak menjadi sebab kebencian nak tgk pasukan lawan kalah cukup kuat utk jadi modal kemudian hari.

tapi claim tiang gol kena curi tuh agak melampau jugak kontrovesi dia...bukan tiang gol ni kena pasak ke? berat dan besar benda tuh nak bawak keluar...takkan guard tak nampak?

cuma tak pasti berapa lama formula gini akan bertahan...

-abg pat-
persatuan kaki bangku keyboard warrior.
Quote DayangKirana 28-4-2015 05:10 PM
one after another..kesian dia ni kan?
tak habis2 lagi... move on la.. main sindir kat fesbuk mcm budak2 nak up..

Quote keraskhejong 28-4-2015 05:11 PM
aku rasa part curi tiang gol tu, press salah taip atau x paham maksud sebenar
Quote sepaileman 28-4-2015 05:14 PM
Aku tertanya tanya paper apa yg kata tiang gol kena curi kat ipoh...hari tu utusan dah fitnah ultras perak bakar flare masa game hari tu
Quote kudajantan77 28-4-2015 05:14 PM
Ampun Tuanku Pajura ...
Quote mattzzx 28-4-2015 05:24 PM
Kelakor kelakor.........
Quote ip_lepat 28-4-2015 05:26 PM
paper silap tulih kot. mgkin tiang bendera koner tu. tk logik tiang gol pun kena sapu. tkkn pegawai PAFA tk tau mana satu tiang gol
Quote boyagombak 28-4-2015 05:27 PM
sepaileman posted on 28-4-2015 05:14 PM
Aku tertanya tanya paper apa yg kata tiang gol kena curi kat ipoh...hari tu utusan dah fitnah ultras ...

bukan susah pun kalau nak curi......
setakat sepuloh orang penyukong dah boleh hangkut





Quote Madel 28-4-2015 05:37 PM
Nasib baik Fazura tak jadi bini dia..
Kalau tak...sama naik dua laki bini menyindir
Quote boyagombak 28-4-2015 05:42 PM
animcute posted on 28-4-2015 04:53 PM
nasib baik sultan negeri sy tak berkelakuan cam gini...w/pun dari segi education, rupa dan ketinggia ...

kan kan kan
anakanda pun tomei tomei lako2
bakal Sultan juga pastilah tall, white and hendsome
ada PhD lagi
pakage full set komplete serba serbi
pendidikan dan keturunan adalah melambangkan aura dan darjat dan kelayakan menjadi seorang Pemimpin  Soltan yg disegani, bukan Maha Raja Lawaki



wahai anakandaku paduka raja, jika kelak suatu masa nanti, kamu bakal jadi penggantiku, belajar dan tuntutlah ilmu sehingga setinngi-tingginya walaupun anakanda mungkin tidak berapa tingg Usahlah dikau suka membuat lawak bodow. semuga kamu kelak menjadi seorang Sultan yg dibanggakan oleh rakyat, dan bukan dibengangkan rakyat jelata pada sekaliannya diseantero negeri.



Quote ninja boy 28-4-2015 05:45 PM
mengarut ja tmj ni, budak2 pun xdak sebegini
Quote ciwi1166 28-4-2015 05:54 PM
kelakar nye... nak gelak ke tak ni... hmmm

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.377562 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top