CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perangkap Kekasih Didalam Tandas

23-4-2015 09:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12274| Komen: 30

Perangkap Kekasih Didalam Tandas

Kuala Lumpur: Segelintir ‘lelaki gatal’ dikesan menjadikan tandas awam dan tandas di pusat hiburan sebagai lokasi strategik untuk merakam video bogel   wanita secara sulit.

Golongan lelaki ini tidak hanya menggunakan kamera intip (spycam) malah turut menggunakan telefon pintar   diletakkan di siling tandas awam atau pusat   karaoke untuk merakam aksi terlampau  itu.

Dalam kes terbaru, tiga wanita menjadi mangsa dalam tiga kes berasingan membabitkan suspek teman lelaki masing-masing.


Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Siew, 17, berkata, dia menjadi mangsa selepas mempelawa beberapa rakan lelaki    ke rumahnya di Kepong di sini, untuk mengulangkaji pelajaran bersama.

Dalam kejadian jam 5 petang awal Mac lalu itu, rakannya meminta kebenaran   menggunakan   tandas di rumah mangsa sebelum   meletakkan kamera di penjuru siling tandas.

“Saya tidak menyedari kejadian itu pada mulanya. Selepas dua minggu, saya mendapat tahu video rakaman saya   mandi mula tersebar di laman sosial.

“Saya   takut dan   memaklumkan kepada ibu bapa. Mereka   membuat laporan polis dan meminta  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penyebaran video yang   dimuat naik di laman sosial itu,” katanya.

Dalam satu lagi kes berasingan,   wanita yang mahu dikenali sebagai Mai, 20, mendakwa diperdaya teman lelaki yang   merakam aksi asmara mereka di dalam tandas menggunakan telefon bimbit.

Menurutnya, kejadian berlaku minggu lalu selepas mereka berhibur di   pusat   karaoke di ibu kota.

“Saya   menyedari tindakannya itu selepas menerima ugutan teman lelaki yang mahu menyebarkan video asmara kami.

“Saya tidak sangka perbuatan   kami di dalam tandas tempoh hari dirakam. Berdasarkan rakaman itu, saya yakin, dia menyembunyikan telefon pintar di siling tandas,” katanya.

Dia yang mahu memutuskan hubungan cinta   membuat aduan di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA kelmarin.

Dalam satu lagi kes berasingan awal Mac lalu,   wanita turut menjadi mangsa selepas menggunakan tandas awam di sebuah premis berhampiran   pasar malam di Sentul di sini.

Mangsa berusia 20-an   menyedari kewujudan kamera intip itu selepas menemui alat penyangkut pakaian mencurigakan di dalam tandas itu.

Kamera intip berbentuk penyangkut baju itu sengaja diletakkan di bahagian bawah pintu tandas bagi merakam aksi pengunjung yang menggunakan tandas itu.

Mangsa   membuat laporan di Balai Polis Sentul berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima tiga aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas sepanjang Mac lalu.


RAKAMAN video aksi terlampau yang dirakam di dalam tandas.



http://www.hmetro.com.my/node/45572




25

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 23-4-2015 07:28 AM
phewwitttt...

musti tiru gaya wan norazlin
Quote nebulagazer 23-4-2015 07:29 AM
Fuh naseb aku pengguna toilet awam
Selamat
Quote AbukRokok 23-4-2015 07:32 AM
cina dah tiru melayu
Quote GhostWalking 23-4-2015 07:36 AM
nebulagazer replied at 22-4-2015 11:29 PM
Fuh naseb aku pengguna toilet awam
Selamat

"wanita turut menjadi mangsa selepas menggunakan tandas awam di sebuah premis berhampiran   pasar malam di Sentul di sini."

pun tak selamat dah dekkk



Quote nebulagazer 23-4-2015 07:37 AM
GhostWalking replied at 23-4-2015 07:36 AM
"wanita turut menjadi mangsa selepas menggunakan tandas awam di sebuah premis berhampiran   pasar  ...

Eh silap nk tulis bukan pengguna tegar toilet awam

Hihi
Quote EJALTI 23-4-2015 07:37 AM
Tak busuk ke main dalam toilet?
Quote GhostWalking 23-4-2015 07:47 AM
nebulagazer replied at 22-4-2015 11:37 PM
Eh silap nk tulis bukan pengguna tegar toilet awam

Hihi

hati-hati ok ada yang meratiiii
Quote rosasa 23-4-2015 07:51 AM
bodohnya main kat tempat kencing dan berak... bersorak2 la soiton dalam tu jadi penonton filem lucah
Quote bazinga 23-4-2015 08:04 AM
Kesian pompuan yg jd mangsa

N thrill ek main dlm tandas public? Kotor n hancing kot?
Quote miabebe 23-4-2015 08:22 AM
Lenkali masuk toilet awam bungkus muka dgn tudung
Quote gaara_X 23-4-2015 08:39 AM
hehehehehehe......memacam hal
Quote manehnya 23-4-2015 08:45 AM
bangang aku nk kencing pun  x senang...

Quote tengah_bosan 23-4-2015 10:27 AM
makaih lepas ni confirm tahan kincing dgn verak dkt rumah.
Quote CrowneGlory 23-4-2015 10:39 AM
Kesian dpt bg sengkek main dlm jamban pun jd.. Get a room pls
Quote tekken 23-4-2015 10:49 AM
dalam masjid UPM pun penah kena weh..
ada mamat mana tah ..adik aku time tu baru masuk..tetiba bunyi dia jerit..
mamat tu x sempat amik gambar ..tp adik aku bgtau nmpk tgn pgg HP alik bawah pintu..
dia jerit..lintang pukang lari..
pastuh bgtau pak gad tu..tp mamat tu xtau mana gi..
giler...
Quote missus_meow 23-4-2015 11:02 AM
bazinga replied at 23-4-2015 08:04 AM
Kesian pompuan yg jd mangsa

N thrill ek main dlm tandas public? Kotor n hancing kot?

Ade fetish kot ... suke tmpt gitu ....
Quote JohnPuteh 23-4-2015 11:05 AM
parok parok...dalam toilet pun jadi tempat melepas nafsu serakah
Quote xoic726 23-4-2015 11:10 AM
akak heran nafsu ketagihan apakah suka mengendap lantas mengambil bideo orang berak dan kencing? apa hasil yang mereka perolehi ekoran daripada menyekodeng ummah wanita khasnya tengah berak dan kencing? kenapa tidak memilih untuk melayan bideo porno saja? tidak perlu bersusah payah bergelombang dengan bau busuk dan hancing tandas...hmmm...walau bagaimanapun pilihan di tangan mereka sama ada mau bermiyabi atau mau berbusuk-busukan...terima kasih.
Quote melia_star 23-4-2015 11:12 AM
tekken replied at 23-4-2015 10:49 AM
dalam masjid UPM pun penah kena weh..
ada mamat mana tah ..adik aku time tu baru masuk..tetiba buny ...

ntah2 pak guard tu tak....lari lintang pukang takkan guard tu tak prasan....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051320 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top