Projek Pembinaan Hospital Padang Besar Akan Dinilai Semula
KANGAR, 21 April (Bernama) -- Pembinaan hospital baru daerah Padang Besar akan dinilai semula berikutan kedudukan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan & Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan dan Kesihatan negeri, Jafperi Othman. Menurutnya Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri terpaksa membuat keputusan itu walaupun kerajaan negeri meminta projek berkenaan diberi keutamaan bagi menampung keperluan pembangunan Padang Besar. "Kerajaan negeri akan mendesak kerajaan pusat agar mengambil kira keperluan rakyat Perlis dalam jangka masa panjang. Sebab itu kita mahu projek ini diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan MARA peringkat negeri, di sini, Selasa. Jafperi berkata Kerajaan Persekutuan bagaimanapun meluluskan pembinaan bangunan tambahan yang boleh menampung 200 orang pesakit bersebelahan Klinik Kesihatan Daerah Padang Besar dan akan dilaksanakan tahun ini.
Katanya kerajaan negeri telah menyediakan satu tapak di Padang Besar bagi pembinaan hospital baharu yang merupakan janji Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 pada 2013. Terdahulu semasa berucap merasmikan ekspo itu Jafperi mencabar anak muda Perlis untuk mencipta kejayaan luar biasa sehingga dijadikan ikon negeri terutama dalam bidang pengajian yang kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan. "Saya mahu melihat anak-anak jati Perlis berjaya dibentuk sehingga menjadi tokoh atau model kebanggaan negara seperti pemimpin, saintis, pakar perubatan dan seni bina," katanya. Beliau menyambut baik usaha MARA mengadakan ekspo dua hari di ruang legar MARA negeri yang memberi peluang kepada anak-anak Perlis mendapat maklumat berkaitan pendidikan dan juga perniagaan. Jafperi berharap atlet-atlet Perlis yang bersaing pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lepas yang rata-rata berumur bawah 21 tahun akan terus bersaing untuk mengangkat nama Perlis dalam bidang sukan. Sebanyak 18 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai ekspo berkenaan. -- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1128125 |
8
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
halimi78 replied at 22-4-2015 10:21 AM
bg laluan gaji MP naik dulu kot....?
fbukhary replied at 22-4-2015 10:27 AM
Hati-hati semua...dan selamat menempuh zaman kegawatan...
Potongan bajet RM120 juta PPUM jejas rawatan pesakit, latihan pelajar
OLEH JENNIFER GOMEZ
Published: 18 April 2015 6:53 AM
Ramai doktor dan pesakit yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bimbang susulan potongan bajet bagi hospital itu tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.Ramai doktor dan pesakit yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bimbang susulan potongan bajet bagi hospital itu tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.Doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melahirkan kerisauan berikutan potongan bajet sebanyak RM120 juta bagi hospital itu tahun ini, bimbang ia tidak berupaya memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit.
Mereka khuatir penjagaan pesakit akan terjejas selepas bajet hospital pendidikan itu dikurangkan kepada RM387 juta bagi 2015 berbanding RM510 juta tahun lepas.
Sebagai hospital pendidikan, mereka juga bimbang potongan bajet itu akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diberikan kepada pelajar perubatan.
http://www.themalaysianinsider.c ... kit-latihan-pelajar
cabalero replied at 22-4-2015 10:26 AM
hahaha hang ni tak abis2 nak ngusik
Tang tu saya tak boleh nak komen
halimi78 replied at 22-4-2015 10:38 AM
yg tu blh abaikan...
tp betoi la.. bila 2 statement yg kontradik.. 1 news kata ok... ...
cabalero replied at 22-4-2015 10:29 AM
mak oi scarynya nasihat
sgbuloh replied at 22-4-2015 10:40 AM
PM kata ekonomi malaysia berkembang pesat. top 20 in the world you.
tapi Unit Perancang Ekonomi d ...
fbukhary replied at 22-4-2015 10:42 AM
dont be scared my friend...be strong. 'global liquidity shock' akan menemui kita semua tak lama la ...
bangcak replied at 22-4-2015 10:44 AM
betul la kata bijan
ekonomi kita antara yg paling pesat membangun buat masa nih.
cabalero replied at 22-4-2015 10:42 AM
Saya selalu percaya bahawa Honesty Is The Best Policy
Bila ada kenyataan yang kontradik mcm ni ...
cabalero replied at 22-4-2015 10:47 AM
apa tu bro ? citer le skit cer citer
halimi78 replied at 22-4-2015 10:51 AM
mmg kompom akan timbul persoalan2 mcm tu..
sbb tu ambe stuju dgn tuan pasal Honesty Is The Best P ...
fbukhary replied at 22-4-2015 10:56 AM
simple, ekonomi akan gawat sbb kecairan mata wang akan berlaku. maksudnya akan berlaku aliran wang ...
ADVERTISEMENT