View: 13117|Reply: 171
|
[Tempatan]
Pembinaan Hospital Perlis Dinilai Semula Sebab Ekonomi Tidak Mengizinkan
[Copy link]
|
|
Projek Pembinaan Hospital Padang Besar Akan Dinilai Semula
KANGAR, 21 April (Bernama) -- Pembinaan hospital baru daerah Padang Besar akan dinilai semula berikutan kedudukan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan & Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan dan Kesihatan negeri, Jafperi Othman.
Menurutnya Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri terpaksa membuat keputusan itu walaupun kerajaan negeri meminta projek berkenaan diberi keutamaan bagi menampung keperluan pembangunan Padang Besar.
"Kerajaan negeri akan mendesak kerajaan pusat agar mengambil kira keperluan rakyat Perlis dalam jangka masa panjang. Sebab itu kita mahu projek ini diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan MARA peringkat negeri, di sini, Selasa.
Jafperi berkata Kerajaan Persekutuan bagaimanapun meluluskan pembinaan bangunan tambahan yang boleh menampung 200 orang pesakit bersebelahan Klinik Kesihatan Daerah Padang Besar dan akan dilaksanakan tahun ini.
Katanya kerajaan negeri telah menyediakan satu tapak di Padang Besar bagi pembinaan hospital baharu yang merupakan janji Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
Terdahulu semasa berucap merasmikan ekspo itu Jafperi mencabar anak muda Perlis untuk mencipta kejayaan luar biasa sehingga dijadikan ikon negeri terutama dalam bidang pengajian yang kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan.
"Saya mahu melihat anak-anak jati Perlis berjaya dibentuk sehingga menjadi tokoh atau model kebanggaan negara seperti pemimpin, saintis, pakar perubatan dan seni bina," katanya.
Beliau menyambut baik usaha MARA mengadakan ekspo dua hari di ruang legar MARA negeri yang memberi peluang kepada anak-anak Perlis mendapat maklumat berkaitan pendidikan dan juga perniagaan.
Jafperi berharap atlet-atlet Perlis yang bersaing pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lepas yang rata-rata berumur bawah 21 tahun akan terus bersaing untuk mengangkat nama Perlis dalam bidang sukan.
Sebanyak 18 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai ekspo berkenaan.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1128125
Sebelum itu dilaporkan bahawa...
Isnin, 20 April 2015 @ 11:43 PM
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5-5.5 peratus - PM
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
"Kadar pertumbuhan berkenaan akan menjadikan Malaysia antara 20 negara yang berkembang pesat di dunia.
"Sejak bertahun, dengan kestabilan politik dan asas yang kukuh, ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang teguh dan mapan," kata Perdana Menteri dalam laman rasmi Facebook beliau.
Ekonomi Malaysia berkembang enam peratus tahun lalu dengan sektor perkhidmatan menguasai 55 peratus daripada ekonomi negara manakala sektor pembuatan menyumbang 25 peratus.
Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan gabungan sebanyak enam peratus kepada RM835 bilion tahun lalu berbanding RM630 bilion pada 2009. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/node/48781
Mana satu yang betul ni ? Mohon pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
What is the status of our current economy ? Baik tak berapa baik ?
Anybody care to answer ?
|
|
|
|
|
|
|
|
bg laluan gaji MP naik dulu kot....? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha hang ni tak abis2 nak ngusik
Tang tu saya tak boleh nak komen
Cuma saya benar2 nak tau keadaan ekonomi negara sekarang ni. ADUN Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan & Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan dan Kesihatan Perlis kata tak boleh buat sebab EPU kata keadaan ekonomi negara tak mengizinkan dalam bahsa lainnya duit tadak
Tapi selang beberapa hari sebelum ni PM kata ekonomi negara terus berkembang dan kukuh.
Apa cerita ni ?
Siapa yang betul siapa yang kelentong sebenarnya ni ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati-hati semua...dan selamat menempuh zaman kegawatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Beli vip jet mewah boleh...
buat hospital tak boleh...
ppum pun kena cut bajet RM120 juta...
Potongan bajet RM120 juta PPUM jejas rawatan pesakit, latihan pelajar
OLEH JENNIFER GOMEZ
Published: 18 April 2015 6:53 AM
Ramai doktor dan pesakit yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bimbang susulan potongan bajet bagi hospital itu tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.Ramai doktor dan pesakit yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bimbang susulan potongan bajet bagi hospital itu tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.Doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melahirkan kerisauan berikutan potongan bajet sebanyak RM120 juta bagi hospital itu tahun ini, bimbang ia tidak berupaya memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit.
Mereka khuatir penjagaan pesakit akan terjejas selepas bajet hospital pendidikan itu dikurangkan kepada RM387 juta bagi 2015 berbanding RM510 juta tahun lepas.
Sebagai hospital pendidikan, mereka juga bimbang potongan bajet itu akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diberikan kepada pelajar perubatan.
http://www.themalaysianinsider.c ... kit-latihan-pelajar
ini la bukti rakyat didahulukan... |
|
|
|
|
|
|
|
PM kata ekonomi malaysia berkembang pesat. top 20 in the world you.
tapi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri kata keadaan ekonomi malaysia 'tak mengizinkan' pembinaan hospital.
so 'ekonomi berkembang pesat' PM tu untuk beli jet ajer ke?
kalau nak bina hospital utk orang awam, 'eknomi menguncup pesat'? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dewi at 22-4-2015 10:41 AM
ekonomi kembang la sgt kan nak buat hospital pun tak cukup duit |
|
|
|
|
|
|
|
Saya selalu percaya bahawa Honesty Is The Best Policy
Bila ada kenyataan yang kontradik mcm ni rakyat akan jadi lebih keliru
Kalau kena yang nak tambah lauk sudah tentu akan kata beli jet boleh buat hospital tak boleh ? jet tu untuk siapa ? hospital tu untuk siapa ?
Sapo nak jawab tu ?
|
|
|
|
|
|
|
|
dont be scared my friend...be strong. 'global liquidity shock' akan menemui kita semua tak lama lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la kata bijan
ekonomi kita antara yg paling pesat membangun buat masa nih.
oleh kerana ekonomi terlalu pesat membangun, maka hospital
takbleh dibina sbb rakyat dah bebas dari musim gawat dan ramai
semakin sehat.
so,
hospital takperlu buat masa nih.
yg perlu adalah jet.
sbb ekonomi yg terlalu pesat memerlukan sistem pengangkutan
yg paling laju.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa tu bro ? citer le skit cer citer
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha sampai terkentot aku ketawa hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg kompom akan timbul persoalan2 mcm tu..
sbb tu ambe stuju dgn tuan pasal Honesty Is The Best Policy..
be honest.. n kalo perlu wat potongan, sume yg perlu potong..
mana leh tangguh, xde masalah pon nk tangguh...
tp bilamana ada yg mcm tuan ckp td..
persepsi akn berubah bila sesuatu yg dlihat kepentingan umum dtangguh..
yg xde kaitan scr lgsg dgn masyarakat umum dteruskan (lg parah kalo ia nampak tsembunyi diawalnya)
|
|
|
|
|
|
|
|
simple, ekonomi akan gawat sbb kecairan mata wang akan berlaku. maksudnya akan berlaku aliran wang tunai keluar dari pasaran. ini menyebabkan 'takda duit' dalam market. kalau nak duit terpaksa berhutang lagi. tapi masalahnya 'credit crunch' pun berlaku pada masa yg sama. maksudnya bank tak boleh nak bagi hutang sangat atau interest terpaksa di naikkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tetiba teringat slogan ini
"Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
dan tertanya-tanya apakah ianya benar2 wujud atau hanya retorik yang dipentaskan setiap kali perhimpunan agung umno ?
Di antara jet dengan hospital awam mana yang lebih penting dan patut didahulukan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
yang bab syarat lebih ketat utk nak apply loan dan interest naik tu dah berlaku dah
bagaimana pula dengan bebanan hutang yang ditanggung kerajaan ketika ini contoh liabiliti 1MDB kpd kerajaan ?
So what should we as the rakyat should do ?
nak tau ni utk pengetahuan diri dan makluman kpd kengkawan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|