CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Laluan Mudah Bagi Pemain Badminton Negara Dalam Pusingan Pertama

22-4-2015 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4031| Komen: 0

Laluan Mudah Bagi Pemain Badminton Negara Dalam Pusingan Pertama



Satu-satunya pemain perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng dijangka mara ke perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Asia 2015 di Wuhan, China dijadual dari 21 hingga 26 April.

Dalam perlawanan hari ini, pemain nombor dua Malaysia itu mendapat bye pada pusingan pertama dan akan bertemu Aljallad Ahmad dari Syria pada pusingan kedua.

Wei Feng dijangka menentang bintang badminton Uzbekistan Artyom Savatyugin dalam pusingan ketiga dan akan berdepan pemain tuan rumah Tian Houwei pada suku akhir.

Sekiranya beliau berjaya melepasi halangan pemain China itu, pemain berusia 27 tahun dari Kedah itu akan berdepan cabaran besar untuk menundukkan pemain pilihan Chen Long pada separuh akhir.

Menyertai Wei Feng ialah beregu wanita negara Vivian Hoo dan Woon Khe Wei yang mendapat kemenangan percuma pada pusingan pertama.

Mereka dijadual bertemu beregu Bangladesh, Aktar Shapla dan Alina Sultana dalam pusingan kedua sebelum mara ke suka akhir.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 itu dijangka berdepan saingan sengit sama ada daripada beregu pilihan ketiga Reika Kakiiwa dan Miyuki Maeda dari Jepun dan beregu tuan rumah Ma Jin dan Tang Yuanting pada suku akhir.

Bagaimanapun, perjalanan sukar dijangka menanti perseorangan wanita negara Tee Jing Yi yang turut mendapat bye pada pusingan pertama yang akan bertemu Mazahreh Leina Fehmi dari Jordan.

Jing Yi akan bertemu pilihan keempat Sung Ji Hyun Sung pada pusingan ketiga.

Sementara itu, satu lagi beregu wanita negara Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fei Cho ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Korea Selatan Lee So Hee dan Shin Seung Chan apabila tumpas 5-21 dan 18-21 dalam perlawanan selama 40 minit.

Dua beregu campuran negara turut gagal meneruskan saingan dalam kejohanan ini.

Tan Chee Tean dan Shevon Lai Jemie dikalahkan Liao Min Chun dan Chen Hsiao Huan dari Taiwan dengan 21-16, 15-21 dan 18-21 manakala Wong Fei Yin dan Chow Mei Kuan tewas kepada beregu Thailand, Nipitphon Puangpuapech dan Puttita Supajirakul 16-21 dan 20-22.

BAM tidak menghantar wakil dalam kategori beregu lelaki pada kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$ 200,000 (RM740,000).

sumber:www.stadiumastro.com


2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top