CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Perubahan Bentuk Latihan Untuk Kelangsungan Kerjaya Chong Wei - Khairy

22-4-2015 12:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2909| Komen: 0

Description: Sehubungan Itu, Katanya, Hendrawan Yang Dilantik Menjadi Jurulatih Baharu Menggantikan Tey Seu Bock Perlu Diberi Peluang Membuktikan Keupayaan Merealisasikan Hasrat Chong Wei Dan Negara Meraih Pingat ...
Perubahan Bentuk Latihan Untuk Kelangsungan Kerjaya Chong Wei - Khairy



Perubahan bentuk latihan mungkin diperlukan dalam memastikan impian Datuk Lee Chong Wei beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil menjadi kenyataan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, katanya, Hendrawan yang dilantik menjadi jurulatih baharu menggantikan Tey Seu Bock perlu diberi peluang membuktikan keupayaan merealisasikan hasrat Chong Wei dan negara meraih pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu.

Katanya semua pihak harus menerima hakikat bahawa jagoan badminton berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa sehingga dua tahun lagi untuk beraksi di pentas antarabangsa dan menyumbangkan kejayaan kepada negara.

"Seperti selalu saya ambil pendirian untuk tidak campur tangan dalam hal-hal teknikal cuma kita perlu beri peluang kepada Hendrawan untuk membimbing Chong Wei.

"Chong Wei berada di zaman akhir kerjayanya, jadi kami perlu jaga Chong Wei mengikut cara berbeza ... dia dah berumur lebih 30 tahun dan saya sudah beritahu BAM untuk

pastikan beliau dapat meraih pingat emas," katanya kepada pemberita mengulas isu pertukaran jurulatih selepas majlis prapelancaran Festival Belia Putrajaya 2015 di sini hari ini.

Selepas enam tahun membimbing Chong Wei, pertukaran Seu Bock itu disahkan sendiri oleh Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen semalam.

Mengakui ramai yang mahu keutamaan diberi kepada pelapis Chong Wei, Khairy berkata keupayaan jaguh badminton berasal dari Pulau Pinang masih diakui lawan dan beliau perlu diberi latihan yang sesuai berdasarkan faktor usia pemain itu.

"Jadi, saya telah minta ISN (Institut Sukan Negara) menghabiskan banyak masa dengan beliau untuk memastikan keadaan, masalah kecederaan dapat diatasi ... sehingga

beliau beraksi di Rio," katanya.

Beliau berkata peranan jurulatih tetap penting walaupun Chong Wei telah mencapai satu tahap tertinggi dalam permainan badminton.

sumber:www.stadiumastro.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.359329 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top