CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Amy Search buka sekolah tahfiz

20-4-2015 12:14 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10046| Komen: 51



Impian Amy (Search) Buka Sekolah Tahfiz Terlaksana 

Impian Amy untuk membuka sekolah Tahfiz akhirnya terlaksana.


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search iaitu Amy tidak akan meninggalkan bidang seni selepas membuka sebuah sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di Sungai Buloh pada awal tahun lalu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, sebaliknya berkata, pembukaan sekolah berkenaan adalah sebagai persiapan untuk masa hadapan selain sebagai bekalan amalannya di dunia dan akhirat.

"Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat.

"Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah," katanya kepada mStar Online.

Amy bersama pelajar di Al-Bayan School of Quran & Hadith menikmati makanan tengah hari.

Al-Bayan School of Quran & Hadith adalah sebuah sekolah yang mengkhususkan pelajar dari kalangan kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.

Mereka diajar untuk menghafal Al-Quran, Hadis, Bahasa Arab selain mengajar pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris dan matematik.

Dalam pada itu, Amy menjelaskan sekolah tersebut dibuka secara kecil-kecilan bersama seorang kenalannya dan ia menempatkan seramai 15 orang pelajar tahfiz.

"Sekolah Tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh.




"Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.

"Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amy menjelaskan dia kini sedang sibuk untuk menyiapkan album sendiri terbaru yang bakal dilancarkan pada Ogos tahun ini.
10

Bagus
4

Marah

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zhatul 19-4-2015 08:06 AM
Bagus la Amy ni

All the best ya
Quote cmf_lemontea 19-4-2015 09:20 AM
alhamdulillah....moga jadi contoh....
Quote doubleA 19-4-2015 09:41 AM
Bagus la,saham akhirat.
Quote Lorra2411 19-4-2015 09:51 AM
Alhamdulillah, semoga berjaya
Quote CrowneGlory 19-4-2015 10:16 AM
Semoga semua anak2 mendapat hidayah...dah ayah ada sekolah tahfiz...
Quote OSEMMM 19-4-2015 10:26 AM
Alhamdulillahhh...aminnn..teringin nk dgr Amy mngaji Quran
Quote dewimalam78 19-4-2015 10:27 AM
tahniah amy. Hrp dapat manage sekolah tahfiz dgn baik. Tinggi harapan parents yg hantar anak2 belajar di sekolah tahfiz ni.
Quote NAT_11 19-4-2015 10:38 AM
Harap dia takkan suruh budak-budak tu mintak sedekah.
Sebab yang paling banyak berkeliaran mintaka sedekah di
stesyen-stesyen petrol, bank dan gerai makan ialah kanak-kanak tahfiz.
Kalau nak dapat pahla dengan cara senang, bukaklah sekolah
tahfiz. Mudah dapat pujian...........
Quote kibodwatriuh 19-4-2015 10:49 AM
NAT_11 replied at 19-4-2015 10:38 AM
Harap dia takkan suruh budak-budak tu mintak sedekah.
Sebab yang paling banyak berkeliaran mintaka  ...

atau ajak budak-budak tahfiz baca quran di rumah, nescaya gugurlah semua dosa-dosa lalu... sesuci embun terasa diri ini...

dah menjadi trend dah, macam cendawan tumbuh sekolah-sekolah tahfiz ini lantaran ibu-bapa/VVIP mahu masuk sorga melalui proksi kih3

Quote lima_kupang 19-4-2015 10:57 AM
bagus dia buat...
tp klu lg bagus ajak geng2 artis buat sekali ramai2...
banyak siket dana..dan boleh bukak besar2 siket..
lg 1 blh la budak2 tu dpt kualiti pengajian secara formal...
dan boleh la dicari guru parttime ka untuk nak mengajar akademik...
alhamdulillah...usha yg baik...semoga diberkati...
Quote CrowneGlory 19-4-2015 11:01 AM
Kurangkanla bajet2 mick jagger terkinja2 atas pentas jugak ya dh ada tahfiz ni... Takut anak2 tahfiz pun ikut sama...
Quote CrowneGlory 19-4-2015 11:01 AM
kibodwatriuh replied at 19-4-2015 10:49 AM
atau ajak budak-budak tahfiz baca quran di rumah, nescaya gugurlah semua dosa-dosa lalu... sesuci  ...

Senang betul saham sorga pun guna proksi ....bahaha
Quote tahanlasak 19-4-2015 11:20 AM
semoga manafaat nya berpanjangan utk generasi akan datang utk agama islam.....
Quote nolya 19-4-2015 11:34 AM
Haruskah kalian bersikap skeptikel terhadap usaha baik yg dilakukan oleh mereka yg membuka jalan yg diredhai Allah.  Sekalipun dia itu seorang artis yg sering terlihat lagha, namun tak mustahil jika pada satu hari nanti dia juga dpt kita jadikan cermin perbanding kepada ibadah kita sendiri.

Usaha yg baik kita sambutlah dgn baik.  Mudah2an kebaikan yg ada akan mengatasi segala laghanya.  Kehidupan kita dari sehari ke sehari umur, langkah demi selangkah mendekatkan kita kpd kematian.  Apakah kita tidak memikirkan itu dan apakah selamanya kita harus leka sedangkan hidup ini akhirnya tamat juga.  Semoga Allah ampuni dosa kita semua.  Amin.....
Quote ladyxez 19-4-2015 12:28 PM
Yg mengutuk amy nu nk ganti tugas malaikat kira  pahala org ye ,  pls la jgn pndg org yg serban besa je , pompuan tudung labuh tutup muka je yg baik
Quote scents 19-4-2015 12:31 PM
Alhamdulillah semuga diberkati ALLAH SWT hendakny
Quote NAT_11 19-4-2015 02:21 PM
ladyxez replied at 19-4-2015 12:28 PM
Yg mengutuk amy nu nk ganti tugas malaikat kira  pahala org ye ,  pls la jgn pndg org yg serban besa ...

Sapakah yang kira pahla si Amy ni.................??????????
Aku pun tak tahu bapa bakol or bapa tingkat or bapa kilo dia
boleh dapat pahla dengan membuka sekolah tahfiz ni.
Yang aku tahu, budak-budak tahfiz ni ramai berkeliaran
bawak surat sekeping, mintak sedekah kat orang ramai.
Apakah ini Islam yang sebenar-benarnya............???
Mendidik kanak-kanak supaya menadah tangan,
meminta belas kasihan.....................??????
Quote miabebe 19-4-2015 02:24 PM
Alhamdulillah...nnt kalo nk amik ustaz o ustazah utk ngajo kt situ plz amik yg di iktiraf oleh kerajaan mesia k..takut nnt dewang sebo ajaran sesat lak kalo yg xd iktiraf neh..
Quote adidas2010 19-4-2015 06:52 PM
Ajak abil join skali la...jd sukarelawan sedia mkn minum bebudak tu pun okeh..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.070040 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top