CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Lidah Buaya Dan Khasiatnya Yang Mungkin Anda Belum Tahu

15-4-2015 05:07 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2935| Komen: 0



Lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera (Latin : Aloe Barbadensis Milleer) adalah tumbuhan berduri yang berasal dari negara beriklim kering iaitu Afrika. Namun kini sudah boleh di dapati di mana-mana negara tidak terkecuali negara kita Malaysia. Tumbuhan ini mengandungi 96% air dan kaya dengan zat-zat seperti enzim, asam amino, mineral, vitamin, glikoprotien dan zat-zat lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Melalui sumber-sumber dan rujukan sejarah yang Ladylista temui, Bangsa Mesir kuno terlebih dahulu mengetahui manfaat lidah buaya dan menjadikan ia sebagai tanaman kesihatan sejak tahun 1500SM lagi.


Berikut adalah antara maafaat lidah buaya :

Mengurangi Rasa Gatal Pada Kulit
> Jika terasa gatal-gatal akibat kurap, gigitan nyamuk atau serangga. Ambil Lidah Buaya kemudian di cuci bersih dan dipotong dua.Sapukan lendir lidah buaya pada tempat gatalkan. Amalkan sehari 2 atau 3 kali. 

Mempercepat Proses Penyembuhan Luka/Terbakar/Terkena Air Panas
> Jika luka atau terkena air panas, cepat-cepat basuh luka tersebut dan dapatkan lendir lidah buaya. Sapukan pada luka dan amalkan. Ia akan menyembuhkan dengan cepat dan boleh mengelakkan kulit dari berparut

Menghilangkan Jerawat Degil
> Jika ada masalah jerawat, boleh cuba sapukan lendir lidah buaya ini. Tetapi haruslah cuci muka dengan air bersih terlebih dahulu, kemudian sapukan lendir lidah buaya dan biarkan sehingga setenggah jam. Selepas ia mengering, cuci muka dan lap muka dengan kain bersih. Amalkan seminggu 3 kali. Selain menghilangkan jerawat degil, ia juga merawat dan melicinkan kulit. Cubalah, hasilnya pasti memberangsangkan

Merawat Bisul
> Bisul amat menyakitkan dan biasanya selalu "muncul" dibahagian punggung, jadi jangan biarkan kesakitan bisul mengganggu urusan seharian anda. Pertama sekali, elakkan ubat hospital jika ingin menyapu lendir lidah buaya. Amalkan sapuan selama 3 kali sehari sehingga bisul mengecut dan sembuh sepenuhnya.

Menghaluskan Dan Menghilangkan Kelemumur
> Selain shampoo, lidah buaya adalah tumbuhan paling terkenal yang menyuburkan dan dapat menghilangkan kelemumur di rambut. Sebelum mandi, lumurkan lendir lidah buaya diatas kepala, biarkan sehingga kering dan ketika mandi sental rambut anda sesedap rasa sehingga hilang lendir tersebut. Amalkan setiap minggu, rambut anda pasti halus dan bebas kelemumur yang tak diundang itu.

 Mencegah Masalah Kebotakan
> Ada juga wanita berkata botak itu seksi, tetapi itu jika lelaki tersebut memilih penggayaan rambut botak. Jika masalah kebotakan bukanlah sesuatu yang seksi tetapi satu penyakit yang patut di risaukan. Tetapi usah risau, lidah buaya juga boleh menyelamatkan rambut  dari "dimamah oleh kebotakan". Amalkan menyapu lendir lidah buaya ini di rambut setiap kali hendak tidur. Kemudian jangan lupa cuci rambut selepas ia kering. Lihatlah hasilnya selepas sebulan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. Jangan lupa share ya - Ladylista

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.142658 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top