NOR HAFIZAH: Memulangkan wang yang diambilnya disebuah Sekolah Menengah St Andrew's Singapura. Singapura - Seorang bekas pembantu guru telah didenda sebanyak $ 6,000 Dollar Singapura semalam kerana didapati telah mencuri wang tunai sekolah iaitu tempatnya bekerja sebanyak $1,845 yang telah disimpan oleh seorang guru. Tertuduh iaitu Nor Hafizah Mohamed Salim yang berumur dalam lingkungan 29 tahun didakwa telah mencuri wang Sekolah Menengah St Andrew's di bilik guru sekolah itu pada tarikh 12 Mei tahun lalu. Mahkamah Rendah Singapura diberitahu bahawa, Nor Hafizah datang ke sekolah itu pada hari kejadian untuk mengambil iPad miliknya dan meletakkan beberapa dokumen penting diatas meja salah seorang guru disitu. Nor Hafizah yang kini menganggur, kemudian melihat kunci diatas meja tersebut lantas mengesyaki terdapat wang disimpan didalam sampul surat dalam laci yang berkunci itu, lalu membuka laci tersebut serta mengeluarkan sampul surat berisi wang tunai yang berjumlah $1,845 Dollar Singapura. Dia kemudiannya menggunakan kesemua wang tersebut yang seharusnya digunakan bagi tujuan untuk kegiatan sekolah tersebut untuk kegunaanya sendiri. Nor Hafizah, bagaimanapun, telah memulangkan kesemua wang yang telah diambil olehnya ke sekolah tersebut. Dia juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan ataupun denda kerana melakukan kesalahan itu atau kedua-duanya sekali.
|
Muntz posted on 13-6-2013 05:50 PM
Kat Malaysia nie nanti kalau dah ramai sangat guru, mesti akan ada jawatan Pembantu Guru jugak. : ...
Muntz posted on 13-6-2013 06:03 PM
Kalau kat negara maju, mmg ada jawatan pembantu guru. Tugas dia bukan mengajar mcm dlm guru ngajar ...
ADVERTISEMENT