CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3149|Reply: 26

[Dunia] Singapura : Pembantu Guru Di Denda

[Copy link]
Post time 13-6-2013 02:10 PM | Show all posts |Read mode


NOR HAFIZAH: Memulangkan wang yang diambilnya disebuah Sekolah Menengah St Andrew's Singapura. - Foto THE STRAITS TIMES


Singapura - Seorang bekas pembantu guru telah didenda sebanyak $ 6,000 Dolar Singapura semalam setelah didapati bersalah kerana mencuri wang tunai sekolah tempatnya bekerja berjumlah $1,845 Dolar Singapura yang telah disimpan oleh seorang guru. Tertuduh iaitu Nor Hafizah Mohamed Salim yang berumur dalam lingkungan 29 tahun didakwa telah mencuri wang Sekolah Menengah St Andrew's di bilik guru sekolah itu pada tarikh 12 Mei tahun lalu. Mahkamah Rendah Singapura diberitahu bahawa, Nor Hafizah datang ke sekolah itu pada hari kejadian untuk mengambil iPad miliknya dan meletakkan beberapa dokumen penting diatas meja salah seorang guru sekolah menengah tersebut. Nor Hafizah yang kini menganggur, kemudiannya terlihat kunci diatas meja itu lantas dia telah mengesyaki terdapat wang yang disimpan didalam sampul surat dalam sebuah laci yang berkunci itu, dan membuka laci tersebut serta mengeluarkan sampul surat berisi wang tunai yang berjumlah $1,845 Dolar Singapura. Dia kemudiannya menggunakan kesemua wang tersebut yang seharusnya digunakan bagi tujuan kegiatan sekolah menengah tersebut bagi kegunaan peribadi. Tertuduh iaitu Nor Hafizah, bagaimanapun telah memulangkan semula kesemua wang tersebut ke sekolah menengah tempatnya bekerja sebelum ini. Mengikut peraturan dan undang-undang negara dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksima tiga tahun dan didenda kerana melakukan kesalahan itu atau kedua-duanya sekali.


Sumber : Berita Harian Singapura


Last edited by ex_klia on 13-6-2013 05:55 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 02:12 PM | Show all posts
Mencurik dosa weii..muka x lawa xpa jji perangai elok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 02:31 PM | Show all posts
tau takpa..mungkin desakan untuk hidup kot...senang cite keadaan memaksa untuk dorongan itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:39 PM | Show all posts
ni yang dipanggil mata duitan....tak boleh tengok duit pasti dia kebas....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:04 PM | Show all posts
Semoga anda tabah carik kerja lain...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:07 PM | Show all posts
Fugly outside, fugly inside.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2013 03:31 PM | Show all posts
Dovahkiin posted on 13-6-2013 03:07 PM
Fugly outside, fugly inside.

uih hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:33 PM | Show all posts
haiyooo dah curik duit tu gunakan la duit tu tuk regroom diri tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2013 03:35 PM | Show all posts
fcl29 posted on 13-6-2013 03:33 PM
haiyooo dah curik duit tu gunakan la duit tu tuk regroom diri tu

kasi grooming habis2an
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:53 PM | Show all posts
itu lawa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 05:00 PM | Show all posts
panjang tangan!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 05:13 PM | Show all posts
is she pregnant?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 05:43 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 13-6-2013 05:13 PM
is she pregnant?

entah...rase mcm iya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 05:50 PM | Show all posts
Kat Malaysia nie nanti kalau dah ramai sangat guru, mesti akan ada jawatan Pembantu Guru jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 05:53 PM | Show all posts
Muntz posted on 13-6-2013 05:50 PM
Kat Malaysia nie nanti kalau dah ramai sangat guru, mesti akan ada jawatan Pembantu Guru jugak.  : ...

mungkin dia kerani sekolah ja kot?wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 06:03 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 13-6-2013 05:13 PM
is she pregnant?

aku pon nampak dia cam preknen



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 06:03 PM | Show all posts
ex_klia posted on 13-6-2013 05:53 PM
mungkin dia kerani sekolah ja kot?wallahu'alam

Kalau kat negara maju, mmg ada jawatan pembantu guru. Tugas dia bukan mengajar mcm dlm guru ngajar, tapi dia assist, contohnya tolong setupkan model, tolong check kerja2 rumah dsb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 06:16 PM | Show all posts
Muntz posted on 13-6-2013 06:03 PM
Kalau kat negara maju, mmg ada jawatan pembantu guru. Tugas dia bukan mengajar mcm dlm guru ngajar ...

owh walaupunsekolah kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 06:18 PM | Show all posts
ado ipad tu rasanya takdelah kehidupan terdesak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 06:30 PM | Show all posts
ex_klia posted on 13-6-2013 06:16 PM
owh walaupunsekolah kerajaan?

Yup. Provided that sekolah tu ada cukup funding lah. Sbb tak silap aku kat sana, sekolah urus duit masing2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079946 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list